Quantcast
Channel: Dunia Tanpa Sempadan
Viewing all 168 articles
Browse latest View live

Jalan-jalan mencari bahan elektronik dan Mesin CNC

$
0
0
Assalamualikum dan salam sejahtera.

Masih berkisar tentang perjalanan saya ke negara Tembok Besar. En. Dexter 9M2DTR, sila ingat nama jalan ni :D.

Atas permintaan http://kilocyclecore.blogspot.com/ saya menyusur kota Beijing mencari beberapa komponen gantian untuk membaiki radio milik ham radio di tangannya. Antaranya ialah model yaesu Ft8900, Icom dan sebagainya. Oleh kerana saya terlepas ke Silk Market, saya agak kelam kabut dan tertinggal senarai komponen yang telah beliau senaraikan. Maafkan saya.

seperti Glodok Jakarta, Akihabara Tokyo, Sim Lim Singapore dan Jalan pasar KL, beijing juga punyai tempat sepertinya. Bukan satu tetapi 7! ini adalah satu darinya. Bagi peminat elektronik, mekanikal dan pneumatik (dexter, basir BSR.COM, 9M2IBR, ) dan beberapa lagi rakan-rakan mungkin boleh mencuba mengunjungi tempat ini. Lupakan brand-bran ternama serti Festo, mitsubishi etc... brand Chinna juga banyak pilihan.


Nama jalan ke tempat yang saya maksudkan. Anda boleh memilih dengan menaiki bas no 22 ke sini. hanya 50 sen.


Deretan kedai dari luar... tapi ia bukan satu kedai tau, ada banyak kedai dalam bentuk partition di dalamnya.

Kedai dimana menjual spectrum analizer secondhand.


Osiloskop. Nak cari 200mhz atau tinggi agak sukar. harga boleh tahan murah.

Barangan kegemaran 9M2RS... grounding tester etc... perhatikan osiloskop old school ;). masa makmal dulu2 pernah la tengok.

Yang ni terliur beb.. lupakan CNC homebrew hehehehe (bukan nak meracun) Masa tanya harganya... menitis air mata aduss.. sayang lupa bawak duit. mampu milik beb. Lathe... canai etc...waduhhh..


Mini beb.....


Cute.... mini... :D

Kedai kabel. Yang ni tengok ajer la..


yang ni la idaman aku... tak yah besar2. yang ni ajer dah cukup. harga cuma RM700. Perghhh..

kalau yang ni dapat, saya letak hujung katil ajer la.. :)


Jon layan part elektronik pulak. Perhatikan kedai dari luar.


Tapi dalamnya... waaa... banyak nya kedai.


Macam-macam IC terjual.


ATMEGA?? waa... nak main balik la flash2 IC ni. Fadil 9W2WF... tolonggggg... hahaha..


Menitis air mata masa tengok IC ni.


Special order (tapi dalam kuantiti yang besar) PCB. Kat malaysia dah ada tapi diorang lagi kompetitif.


Perkhidmatan winding coil... saya kata kat salesgirl tu nak berlawak, saya kata nak beli winding tu... dia kata ada jual kat kedai depan tu. kalau tak silap dalam RM80 seunit.


hah... yang ni malcon2, connector yang kita cari ada jual la. ganggang untuk Racal punya connertor... bersepah2. Rm40 sepasang male female. habaq model atau bilangan pin ajer.



Kedai jual kabel. harga lebih kurang malaysia...


Perkhidmatan winding coil.....


Elemen heater banyak dijual disini.


Festo? tidak... perkakasan pneumatik yang mampu menjolok minda anda buat projek2 homebrew.. saya beli pressure gauge dia ajer satu.

pintu masuk salah satu gedung elektronik...
Ferrite element pelbagai jenis... yang mana mau :)

Connector untuk RF..


ferrite core yang pelbagai saiz.. murah.. paling mahalpun RM18 ajer.

Pelbagai jenis magnet dijual. apa yer projek homebrew radio amatur yang guna magnet?

Owh.... bila mai bab ni yang jadi tak ketahuan.. banyak..


Dan ini kemuncaknya... Malas main GaAsFET? pakai IC la... main step up dua tiga stage... banyak untuk VHF, UHF dan microwave.


yang Toshiba, Mitsubishi tu untuk VHF, 45watt. Biru tu banyak kat motorola GM300 etc.. Ada dua tiga untuk 50Mhz (disini sensitif freq ni). HF pun dah mula nampak terutama CB.

haa... yang macam spuntik russia (helikopter) tu yang geram gilerr.


Koleksi coil....

transformer...

Kedai kabel...


Di dalamnya...

Tempahan PCB

Satu lagi yang menarik ialah kedai-kedai menjual barangan komputer di Zhongguancun. ia ibarat plaza Lowyat tetapi 11 kali ganda lebih besar dari low yat. saya tewas disini kerana kaki dah mula sakit. Gilerr besar.... hard disk, ram etc Malaysia lebih murah. yang murah disini hanyalah gadget2 aksesori USB dsb... tapi malaysia lagi murah :p

Itu saja tulisan dari saya... puas hati beb... tetapi sayang, hajat malcon2 tak dapat saya tunaikan. Kewangan saya juga agak terhad untuk membeli belah. tapi enjoyyy!!! :D
hingga jumpa lagi... 73!!
P/S: Jika anda berminat mencari perkakasan elektronik etc. kotaraya Shenzen punyai banyak kedai2 seperti di atas. Itu sebabnya shenzen dipanggil bandaraya gadget. Shenzen... next trip? owh.. mungkin lepas Hong Kong kot.

Mencari barangan radio amatur di Beijing

$
0
0
Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Saya baru pulang dari berkunjung ke rumah 9M2MGL... panjang lebar berbicara dengan beliau. Sampai saja di base station saya di Bukit Mertajam, kaki saya yang kesakitan dek Ghout masih berdenyut sakit menekan pedal minyak sepanjang perjalanan. Aduss... jom saya lengkapkan tajuk di atas.

China mempunyai rejim yang tegas tentang penjualan dan pemilikan radio ketika dulu. Ini terutama radio HF. Baru-baru ini sahaja kerajaan telah melonggarkan peraturan ini (semasa olimpik 2008). Bagi Ham radio Foreigner (disini disebut Alien) yang mahu mengendalikan pemancaran radio amatur di China bagi tempoh pendek akan hanya boleh berkendali di kelab sahaja dan diawasi. Callsign macam biasa la.. BY****/9m2mgl misalnya. diplomat, alien tertentu yang tinggal lebih satu tempoh tertentu sahaja akan dipertimbangkan callsign penuh tempatan. dari segi perlesenan kelas.. ianya mirip US.

Sentimen kawalan boleh dilihat pada penjualan radio dimana majoriti hanya menjual radio VHF/UHF handie talkie sahaja. Sukar melihat radio mobile dijual. Bagi HF, hanya kedai tertentu yang dilesenkan dengan mempamerkan simbol tertentu boleh menjualnya. inipun dengan stok yang terhad (menurut salah satu kedai yang saya tanyakan).

Pertamanya kredit pada BG1MIE Mr. Min Wojteq atas bantuan beliau hingga saya sampai ke Plaza komunikasi yang terletak berhampiran Universiti Of Peking. nama Plaza ini ialah Dahua Shenzhou Communication Market. terdapat 3 lagi gedung yang ada menjual perkakasan radio amatur tetapi hanya ini sahaja saya sempat lawati. Perjalanan saya ke sana melalui MRT melengkapkan pengembaraan saya atas minat hobi radio amatur... dunia tanpa sempadan.





Petunjuk arah dalam MRT banyak membantu saya mencari


Kebetulan ianya terletak antara persilangan laluan MRT no. 10 dan no. 4. Amat mudah mencarinya.

Di stesen ini saya turun.

Inilah rupanya bangunan yang mengandungi beberapa kedai menjual peralatan radio amatur.


Antara iklan-iklan dari beberapa jenama terkenal... kecuali Spender buatan Thailand hehehe.


HYT, Kirisun dan cap-cap ayam yang lain. Jenama-jenama lain ada juga disini tetapi tidak seperti di Shenzen yang terang-terangan menjual barangan tiruan atau rebrand seperti ICOM, Yaesu, motorola dan Kenwood. GP338 Plus tiruan sebijik cam original...


lagi iklan-iklan di bangunan...

Antara kedai terawal yang saya sempat shoot. banyak gak aksesori... belum rambang mata hehehee..


Yaesu FT897 berharga RMB5300. Boleh tahan jugak harganya.. Di China tidak dikenakan GST seperti Singapura.



CW key bersalut emas??? tidak hehehe.. cuma contact point ajer. Menurut pemilik kedai, CW ini adalah didatangkan di bawah jenama Yaesu.


KYD, nama yang hampir mirip HYT yang sudah establish... majoriti kedai menjual handie talkie UHF,VHF, dan Trunking. Bukan KYT yerr.. OK OK OK hehe..


Spectrum analyzer..



Lagi kedai


Pandangan Lorong-lorong kedai dalam kompleks yang menjual barangan radio..


Lagi kedai menjual aksesori


kedai menjual aksesori dan handie sahaja..

manakala yang ini kedai yang mengkhususkan menjual jenama kenwood.

radio-radio lama... jika anda bekas warga 9M2PIC (kini 9M4CPO) maka radio ini pasti ada kenangan buat anda.

Headset idaman... chepot ada memiliki set ini.

Salah satu jenama yang mengambil salin dari model IcomV85.

Yang ini ialah display holder untuk model yaesu FT8900, 8800 dan FT7800. hanya RMB10. Boleh la display panel radio anda di pasang pada dashboard atau mana-mana sudut yang sesuai dalam kereta.


Barisan handie talkie dari jenama Alinco


Tukang repair radio pun ada (bomoh radio). Tengah repair mobile transceiver.


power supply, repeater, tikar buluh, antenna etc.. apa lagi mau.


Kedai khusus menjual produk Alinco.


gambar-gambar yang pasti mengiurkan anda. Saya terpaku hampir 1 jam dihadapan cermin ni menatap satu persatu barangan idaman saya.


MFJ analyzer. aduss......ngak tidur malam gue!!!!

barisan mic yang panasss. Bikin hidup saya buncar. lagi-lagi bila mic SM-20 tersedia dengan connector ke radio saya. yaesu table mic untuk ft817 saya. waduh..


D-star... belum popular di malaysia. Kekangan kewangan dikalangan rakan-rakan radio amatur mampu buatkan teknologi ini tersekat tidak mengalir di malaysia.



Rotator Heavy duty.. owh bilakan ia akan jadi milik saya bersama yagi tersayang? (tower pun blum ada ;)

Saya terlupa membeli plat kenang-kenangan ini. Chinese Radio Sports Association (CRSA). Amateur radio disini diletakkan bersama-sama kategori sukan. maka dapatlah ia dinikmati oleh rakyat china, jika tidak mungkin ia ialah hobi terkawal menurut sahabat saya di sana. Kalau tidak, makin bertambah koleksi plat radio amatur negara luar dalam koleksi saya hehehee...


Model Alinco yang agak kecil dan comel. sebesar kad kredit.


Dan radio kesayangan saya... owh Yaesu FT 817 :D


Antara radio yang dijual... ada satu model yang mula menambat hati saya. Anda perasan?


ya... Icom IC 7200. Ia seakan-akan military set bila dipasang dengan pemegang dihadapan. Walaupun tidak kalis air atau military spec tetapi ia amat-amat menyerlah. saya rasa mula jatuh hati padanya hahahha.. harga yang disebut ialah RMB6300 tetapi saya tidak pasti adakah yang dimaksudkan ialah model ini atau Yaesu FT-450. Mungkin bila ke Hong Kong dan Singapore saya akan Double Check harga. ;)

Kedai yang menjual barangan jenama Yaesu pula.
Itu sahaja dari saya. Thank you Mr. Min Wojtec for your information. Cuma sedikit perbandingan saya tentang Zhongguancun, Glodok, Hong Kong, Sim Lim, Beijing dan Akihabara. Jika anda mahu membeli barangan radio, paling murah untuk transceiver ialah singapura atau Hong Kong. tetapi untuk aksesori seperti antenna, rubber duckie, teleskopik, getah2 pada radio sudah tentu glodok. Ini kerana atas faktor terdapat antenna homebrew tempatan yang dikormersilkan dengan harga yang amat kompetitif. Gazden misalnya.
Zhonguanchun banyak menawarkan handie talkie VHF dan UHF tetapi tidak HF. Pilihan jugak agak terhad melainkan anda ingin bereksperimen dengan handie talkie yang murah seperti HYT, repeater murah HYT disini banyak sekali. Tetapi Shenzen adalah tempat terbaik. handie talkie tiruan 3 biji hanya RM200 pun boleh dapat. ;)
Akihabara? dah la mahal kerana kadar pertukaran Yen yang tinggi.. transceiver untuk market jepun pula rata-rata telah lock pada freq tertentu yang hakikatnya kita perlukan. Misalnya di Jepun hanya boleh berkendali 144-146mhz, 146-148Mhz tidak boleh TX. Maka tidak berbaloi untuk membeli di sana.
just my 2 cent ;) mungkin ada rakan-rakan lain punyai pendapat mereka.
Selamat menghadapi persediaan awal muharam dan tahun baru 2010. Insyallah penutup tahun 2010 akan diisi dengan DXpedition Pengkalan Balak 2 minggu lagi.
Hingga kita jumpa lagi.. 73

Kemelut Halal Tapi Haram?

$
0
0

SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARAM DARI JURUKAKA :)




Assalamualaikum dan salam sejahtera pada pembaca.

Sambil menghancurkan ubat-ubat di atas meja ini untuk dikunyah, fikiran saya masih berlegar tentang panggilan telefon kelmarin semasa saya di atas motosikal. Saudara Azman 9M2MGL memberi tahu ada pembekal radio di celapak aparat MCMC.

Saya mula memikirkan tentang kemelut dunia radio amatur yang tidak lagi selesai dari dari zaman British, zaman Jepun memerintah Malaya, hinggalah di era darurat. Ia tidak berakhir begitu sahaja malahan era CIMA 1998, satu peraturan yang baik untuk masyarakat tetapi menakutkan buat warga radio amatur di Malaysia dek kecompangan peraturan itu sendiri. Peraturan yang buat jiwa kacau dan serba salah.

Bermula dari kegagalan mentakrifkan pengamal radio amatur dalam kategori yang mana, kormersil dsb hinggalah kepada prosedur permilikan peralatan pemancar yang terlalu sukar serta senarai peralatan radio amatur diiktiraf yang tidak pernah dikemaskini (sehingga artikel ini ditulis).

Mengimbas kembali zaman saya berbasikal jauh, menganyuh demi semukasurat ilmu ke Rapat Setia Ipoh menjelajah berkenalan dengan rakan-rakan radio amatur lama banyak membantu saya mengenal kemelut gampang ini. Ini mampu mematahkan semangat warga ham radio yang baru kerkecimpung. Ahh... internet sudah ada, kenapa harus menggadai diri demi sebuah pemancar dan hobi yang bodoh?

Pak Bahar (sugar baker) 9M2SB, menunjukkan sekeping demi sekeping surat pergerakan dan pindah milik surat pesawat pemancar beliau ketika zaman dulu-dulu. Ketika zaman beliau, pesawat pemancar dikawal ketat oleh rejim pemerintah bagi tujuan pengawalan anasir-anasir komunis, penyebaran fahaman dan medium komunikasi atara trup-trup Komunis yang terpisah berselerakkan di serata Perak ketika itu.

Ketika zaman itu setiap radio punyai surat beranaknya masing-masing. Jika pemiliknya mahu jual maka akan ditaip satu surat pergerakkan atau pindah milik dan diakui oleh Ketua Polis kawasan terbabit. Pengoperasiannya harus dengan kebenaran Polis tempatan. Begitu ketat sekali. Malahan lawatan dari pihak polis untuk mengesahkan radio terbabit selamat dilokasi agak menggerunkan. Tetapi ia berjalan mesra. Mengapa ya?

Ya ia adalah zaman insurgensi. Radio komunikasi adalah amat sensitif. Allahyarham Pak Dollah (Dondang Sayang) 9W2DS, kembar beliau sering mengingatkan saya ketika bertemu tentang betapa pentingnya menjaga pesawat radio sendiri.. katanya, sayangi radio itu lebih dari bini katanya, saya langsung tersengih.. 9W2ADY sama memandang saya ketika lontaran kata-kata Pak Dollah. Katanya jika radio itu jatuh ke tangan mereka yang tak beretika dan disalahguna maka pemiliknya yang akan dipersalahkan. Barulah saya tahu cerita-cerita Tuan Hj. Rashid 9M2RS kenapa mereka sering memberikan radio pada peminat short wave listener tanpa microphone hehe...

Sudah tentu Allahyarham Hj. Idris 9M2GL, juga sering bercerita soal yang saya tentang rejim pengawalan radio. Katanya usah dilihat yang jauh... lihatlah saja cerita Sarjan Hassan lakonan Allahyarham Tan Sri P. Ramli bagaimana orang-orang kampung dihalang dari memiliki radio oleh tentera Jepun ketika zaman itu.

Sudah, soalnya sekarang..ini adalah KEMELUT. Kalau dilihat kita semua ham radio di Malaysia adalah bersalah. Bersalah? Kenapa? Apa salahnya kita. Ya.. kita bersalah kerana dikatakan memiliki alat utama iaitu pesawat pemancar radio amatur tanpa pengesahan Sirim. Tetapi banyak perkara yang ingin saya bangkitkan disini.

Pertama, soal mendapatkan AP itu sendiri. Apa lagi disebabkan kos mendapatkan pengesahan Sirim itu tidak praktikal, harus ke Shah Alam pula, bagaimana rakan-rakan dari pedalaman Borneo?. Jika ditambah dengan kos radio boleh jadi tinggi (disebabkan SIRIM + AP). Cuba anda bandingkan dengan harga radio tersebut dengan negara jiran kita di Asean. ICOM V85 dengan AP sahaja sudah menjangkau RM900. Walhal harga pasaran yang didapati hanya serendah RM400. Terdapat pengedar sah radio jenama Kenwood di Malaysia untuk kegunaan radio amatur. Modelnya ialah TS570D. Saya membuat pertanyaan harga bagi menggantikan radio di kolej lama saya. Harga yang ditawarkan ialah RM20000!! Walhal harga pasarannya hanya RM4000. Lihatlah dengan mata anda sendiri.

Kemelut ini ditambah pula kegagalan rejim pengawal mengemaskini senarai radio yang disahkan SIRIM yang ketinggalan zaman. Misalnya ICOM IC2100 yang sudah tiada dipasaran dan digantikan dengan ICOM IC2200 sudah beberapa tahun lampau. Senarai Handie Talkie pula tidak ada satupun yang menyenaraikan model untuk kegunaan ham radio sebaliknya untuk pasaran kormersil yang langsung tidak praktikal untuk tujuan eksperimentasi (teras hobi) ham radio. Walaupun pengimport tidak perlu menggunakan senarai tersebut sebagai rujukan dan boleh membawa masuk model terbaru tetapi kos untuk pengujian SIRIM agak tidak munasabah. Dan risikonya semasa pengujian juga ’sendiri tanggung’, jika rosak? Saya radio sendiri pun tak bagi orang pegang sebab kalau nak beli sahaja memakan masa bertahun dengan gaji saya ini. Sayugia ham radio rata-rata adalah orang berpendapatan rendah... petani, nelayan, tukang rumah, penternak itik dan ramai lagi. Bagaimana pula ham radio kaki homebrew yang rajin merakit pesawat sendiri untuk tujuan eksperimen? Adakah salah membina radio pemancar sendiri (walaupun takrifan ham radio ialah eksperimen) sekadar suka-suka.. dek kerna tiada cop SIRIM?

Pihak pemerintah harus ingat, radio milik warga radio amatur di Malaysia adalah tidak mutlak. Ia akan menjadi milik negara apabila berlakunya marabahaya, bencana atau keperluan keselamatan. Kewujudan ham radio di serata Malaysia membantu pihak pemerintah menebarkan secara berselerak di seluruh negara satu jaringan komunikasi rahsia dikala peperangan atau marabahaya yang mana boleh diambil alih bila-bila masa. Menyekat pemilikan radio kepada mereka yang diiktiraf diperbolehkan memilikinya adalah sesuatu yang silap. Lihat lah Indonesia bagaimana atas semangat jati diri negara mampu membuatkan Indonesia tidak boleh lumpuh dari jaringan komunikasi walaupun bencana. Sumbangan Ham radio adalah besar buat negara.Menambah bilangan ham radio dan kekuatan ’gear’nya tidak akan merugikan negara.

Sayugia saya ingatkan ham radio bukanlah satu aktiviti yang mendapatkan keuntungan. Malah ia menyemarakkan semangat kemasyarakatan serta khidmat bakti secara kendiri. Terbukti di negara luar ham radio satu medium menyatukan masyarakat dan mewujudkan masyarakat yang berilmu. Dari ham radio maka hobi lain bersemarak seperti berbasikal, pacuan 4 roda dan juga khimat sukarela membantu orang ketika kesusahan.

Dalam hal ini saya merayu agar diperbolehkan pemilikan pesawat radio amatur dipermudahkan dengan mengurangkan karenah birokrasi. Mengemaskini a.k.a polish polisi sediaada pada mereka yang berkelayakkan tanpa mengurangkan tujuan matlamat asal MCMC mengawal kemungkinan perlanggaran peraturan sediada serta kaedah-kaedah kawalan. Pihak pemerintah harus duduk bersama dengan pelanggan iaitu kami ham radio dalam menangani kemelut ini. Jangan hanya dengar pada satu komuniti sahaja.. lihatlah pada semua komuniti.

Saya melihat pada kes tangkapan ini akan menyebabkan sumber mendapatkan radio yang mampu milik tersekat dan menggalakkan penyeludupan secara tidak halal di sempadan negara meningkat. Ia merugikan negara sih.. Adakah baik jika ia dibenarkan secara sah melalui kajian semula peraturan sediada.

Kendatipun saya masih memahami niat murni MCMC dalam menangani penggunaan perkakasan radio amatur bagi tujuan pemancaran haram oleh mereka yang bukan dilesenkan. Saya juga resah bila melihat handie talkie radio amatur digunakan oleh Pak Guard walhal ia untuk ham radio. Ada juga Tonto yang menyalahgunakan VFO pada radio ini untuk tujuan memantau komunikasi freq lain.Malahan menggunakan kebebasan VFO memilih mana-mana freq untuk berbicara. Saya menyokong penguatkuasaan anda tetapi tolonglah.. bukalah satu medium yang sah dan membantu ham radio mendapatkan alatan ini dengan cara halal dan mampu milik. Makin bertambah kami maka makin kuatlah MCMC kerana kami adalah pendokong anda.

Saya telah melihat rejim pemilikan radio di negara-negara luar terutamanya di negara komunis (R.R China dan Singapura misalnya) dan bagaimana mereka memberi ruang yang baik pada golongan ini. Pada masa yang sama ia mewujudkan pengawalan barangan yang dijual diteruskan pada golongan yang dilesenkan sahaja. Tidak semua orang boleh membeli radio yang khusus bagi ham radio, perlu mengemukakan dokumen khas dan nombor sirinya didaftarkan terus pada nama pemiliknya secara online. Sekiranya terdapat kelulusan atau kebenaran itu barulah ham radio terbabit boleh membelinya. Sekiranya jenayah berlaku, melalui rekod nombor siri dapat diketahui siapa pemilik asal radio terbabit. Secara tidak langsung ia membantu memberi peringatan pada pemilik tentang tanggungjawabnya menjaga sebaiknya radio dari disalahguna . Sama seperti prosedur pemilikan senjata api.

Dengan alternatif ini saya percaya masalah kucing mengejar tikus tidak akan berlaku. Malahan ia mampu membantu pihak pemerintah mengawal pembekalan perkakasan ini. Marilah kita sama-sama duduk semeja dengan pelanggan mendengar masalah. Mungkin ini melegakan situasi wahai bapak pemerintah. Anda punyai kuasa, dan kami adalah pendokong anda. Ham radio apabila lulus akan diiktiraf kompetan dalam mengendalikan radio tanpa menyebabkan interference.. itu menurut peraturan di atas, maka berikanlah kepercayaan pada kami.

Akhir kata dari saya, jika ini tidak berlaku maka semua ham radio di Malaysia akan mengendalikan radio dengan penuh perasaan ketakutan. Dan MCMC akan makin dibenci dan dijauhi kerana takut perkara ini.

P/S: Bagaimana nasib ham radio sezaman Pak Bahar dan seangkatan yang memiliki radio sebelum era CIMA 1998 yang ketika itu istilah Sirim tidak wujud ketika itu?Mereka juga bersalah ketika ini?
P/S: Bagi mereka yang rajin bereksperimen merakit pesawat pemancar sendiri atau perkakasan radio amatur sendiri juga akan berasa takut. Ambil lesen kerana lesen kata hobi ini untuk eskperimen tapi pada masa yang sama ada satu hal lagi eksperimen yang akan dijalankan adalah haram.
P/S: Lepas ni aktiviti ham radio di Malaysia seperti Field Day, Dxpedition, Fox Hunt dan sebagainya dilaksanakan dalam keadaan takut-takut sebab takut kena rush dengan penguatkuasa heheeheh....


Penulisan saya adalah 100% emosi dan tidaklah tepat... jangan ambil hati

Apa aktiviti saya minggu lepas?

$
0
0


Assalamualaikum dan sakam sejahtera.. Takder banyak nak cakap.. layan aja gambar-gambar yang ada :). Oh Ya satu lagi tentang posting saya yang lepas.. tentang isu Permit Import. Terima kasih atas respon dari seorang pembaca dan rakan yang hadir ke Port Dickson atas kemudahan memohon permit import peralatan radio amatur secara online.

Tidak perlu hadir ke Sirim, bayar online dan print dari rumah semudah membeli tiket Air Asia dan bawa masuk sahaja. Malangnya anda akan stuck di peringkat SIRIM. saya rasa tak sukar kot... ada sesiapa yang dah cuba diperingkat ni?

Cara-caranya akan saya ulas dalam artikel terdekat. Walaubagaimanapun soal pengemaskinian senarai produk radio amatur terkini adalah masih lagi membantutkan perbualan kami. Samada kesatuan-kesatuan radio amatur atau menanti pembekal radio amatur tempatan yang sanggup mengusahakan ke arah pengemaskinian senarai terbabit. Permit Import secara online hanya menyenaraikan senarai radio yang diluluskan (senarai lama dan model-model lama yang telah discontinued oleh pengeluar).

Antara barang-barang yang bakal dijual terdekat ni.. 2010. Tahun Himpun duit!!
Berbalik tentang radio, ni gambar yang saya sempat amik. Satu antenna yang menggunakan konsep NVIS. Superb audio dia sepanjang menghampiri kami di Port Dickson. Antenna ini di pasang di atas Isuzu Trooper. Ia boleh diturun dan naik dari bekas raknya.
Cantik dan kemas... harga pun mampu tengok ajer la.. ;)

Tajaan Barret Communication...

Warga Wilayah V17 bergotong-royong menaikkan antenna 10m.


Senja berlabuh pantas...


Antenna naik, pinggang pun sudah manyak goyang hehehe..


Menatap matahari jatuh.... menanti malam untuk bekerja di freq..


Tombol mula berputar... malam tersebut tidak menguntungkan. Propagasi mencemburui kami.
Alhamdullillah sokongan kawan-kawan dari Melaka dan Aimil membantu.


Raymond dan kemahiran membakar kambing.. berkat ajaran 9W2MAN dan aluminium foil membuatkan kambing bakar sentiasa kerap habis... cuma terkilan dengan ayam sahaja.


Pagi itu di Pengkalan Balak Melaka ombak menghempas kuat. Hujan mula melanda..


Antenna Folded Dipole..


Trap Dipole...


Trap dipole jarak dekat.


Sarapan dengan jagung bakar dan kambing bakar lagi....


Warga kerja Wilayah V17 yang menjayakan DXing kali ini.


Bersama banner.. Kenangan bersama.


Tidak lupa design bajunya ;)


Acara Dxing beralih ke Port Dickson. 9W2PD menyediakan kami ruang untuk meneruskan Dxing. Kali ini Wilayah V17 bergabung dengan Mares DXing Team dan APRS Team di Bungalow PD.


Raymond juga meneruskan BBQ dengan stok ayam yang baru... waduhhh..


Mutalib 9M2SQL di 40m band bersama Cikgu Rahman 9M2AR.


APRS milik Ong 9W2LL dan Weerut 9W2RUT dioperasikan..


Di suatu lagi lokasi Bungalow Melaka.


9W2WF, 9W2KRZ dan 9W2KNZ sedang menyiapkan antenna Yagi HF milik Rabin.


Amarannya.. ini ialah bahan yang bahaya :)


Pandangan sisi..


Malamnya pula Abang Zack menguji Transmisi dengan teknik NVIS.


Di 40M... NVIS satu pengalaman yang baru bagi saya yang masih mentah dalam dunia radio ini.


Mencuba 'bergambar' hehehehe...


Praktikal...


Dan aktiviti kali ini berakhir. Jutaan terima kasih buat semua yang terlibat terutama Rabin 9W2PD, 9W2SBS dan semua tenaga kerja pada hari tersebut menjayakan aktiviti ini.


Singgah di base station 9W2KNZ... suatu lokasi yang amat strategik..


Dan pemandangan shacknya.
Demikian catatan saya kali ini. Buat para pembaca, enjoy hobi ini. Malam baru ini terdapat banyak komuniti radio amatur di lembah klang yang akan mengadakan DXing, Astra tengan Di Batu 3 Shah Alam manakala Malas di Gombak. Mares mungkin akan mengadakan aktiviti di kelabnya pada malam tersebut. bagaimana pula di kawasan anda? Maklumkan pada saya melalui emel sebelah untuk hebahan ;).
Hingga jumpa lagi.. seamat menyambut 2010 dan bersedia dengan persiapan peperiksaan CW anda :D..

Apa Itu NVIS?

$
0
0
Bacaan saya bermula apabila komunikasi saya tidak terjejas antara satu stesen mobile yang menggunakan konsep NVIS (9M2ZC) dengan stesen kami dikendalikan oleh 9M2SQL di Port Dickson lepas. Kualiti komunikasi dua stesen ini tidak tumpah bak kata sebelah pintu sahaja.

Konsep NVIS
(Near Vertical Incidence Skywave)
untuk pancaran dengan liputan jarak dekat dan sederhana di band HF


Pengantar:
Bagi kebanyakan rakan-rakan radio amatir, judul artikel ini barangkali terasa janggal, kerana bunyi yang lazim terdengar di antara mereka yang bekerja di band HF adalah:


“bentangkan antena sepanjang dan setinggi mungkin, agar dapat menjangkau jarak sejauh mungkin!”

Pada pengamatan penulis, memang di YB-land (Indonesia) ini jarang untuk memanfaatkan band HF untuk menjalin komunikasi jarak dekat dan sederhana, sekitar dalam radius 0~400 Km dari stesen yang memancar; kerana untuk liputan dengan jarak segitu amnya rakan-rakan radio amatur lebih gemar menggunakan freq V/UHF, apalagi kalau di area yang hendak liputannya sudah sedia disokong dengan repeaters. Lagipula, dalam keadaan normal masih banyak mod komunikasi lain yang boleh menggunakan jaringan telefon awam dari TELKOM, jaringan telefon sel dari berbagai provider, atau untuk di daerah-daerah terpencil yang jauh dari jaringan BTS sistim selular yang boleh menggunakan jaringan telepon satelit, atau perkakasan VSAT. Tapi, bagaimana kalau terjadi keadaan darurat, misalnya di saat terjadinya bencana alam berskala besar (seperti gempa bumi, angin taufan, banjir besar, tsunami dan lain-lainnya) yang melumpuhkan semua prasarana sistem jaringan komunikasi tersebut? Tulisan ini akan mengulas tentang konsep NVIS (Near Vertical Incidence Skywave) di band HF, yang setahu penulis selama ini masih kurang dimanfaatkan secara “sengaja dan maksima” oleh rakan-rakan radio amatur di sini, walaupun dalam aktiviti sehari-harian mungkin banyak yang
secara tidak sedar telah melakukannya.

Sebutan NVIS — Near-Vertical Incidence Skywave merujuk kepada pancaran (isyarat) radio di band HF, yang memancar dengan sudut pancaran (Take off atau Elevation Angle) yang hampir tegak lurus (= near vertical), sehingga isyarat yang dipantulkan lapisan ionosfera jatuh kembali ke kawasan yang berjarak sekitar 0~400 Km dari asal pancaran. Dalam aktiviti sehari-hari baik di lingkungan radio amatur mahupun pengguna band HF lainnya (Organisasi Pemerintahan, Ketenteraan maupun pengguna komersil), Penentuan frekuensi/band yang dipakai sering terjadi pada jam-jam tertentu jarak segitu tidak boleh diliputi dengan baik kerana adanya skip zone: kawasan yang
terlalu jauh untuk rambatan ground wave, tetapi belum cukup jauh atau masih terlalu dekat untuk menerima pantulan sky wave dari ionosfera.


Klik sini untuk artikel sebenar

Bagi mereka yang tidak faham, konsepnya mudah.. Pada ketika biasa bila TX di freq HF, Isyarat kita akan pergi jauh ke luar sana tetapi kita hanya mahu signal tu jatuh pada stesen yang dekat-dekat dengan kita sahaja. :)

Bacaan di sini mungkin membantu... http://athensarc.org/nvis.asp

Projek seterusnya... loop antenna untuk kereta saya dan eskperimen NVIS. Mudah-mudahan berjaya Insyallah...

Ulasan antenna NVIS tempohari

$
0
0
Selamat Menyambut Tahun Baru 2010.. Maaf kerana tidak dapat hadir ke jemputan Field Day tuan-tuan di Kuala Lumpur. Johor tak cuti tahun baru daaa.... Azam baru ke arah LULUS CW dengan berjaya Insyallah ;). Bacaan anda sempena projek saya awal tahun depan...


Mobile HF Loop Antennas

This article has been adopted from information at the Stealth Telecom Ltd. website by approbation of the author.

Radio Amateurs most often use inductively-loaded vertical whip antennas in HF mobile applications, but is there a better alternative despite the long popularity of vertical whips? This article describes principles involved in design of the Stealth Telecom Ltd. Type ST940B NVIS (Near Vertical Incidence Skywave) loop antenna system. It also provides useful information about the nature of HF communications.

Theory of operation The ST940B antenna utilizes a Very Small Closed Tuned Loop with aperture dimensions less than 0.1λ compared to wavelength. That type of antenna often is referred to as a Magnetic Loop Antenna.

It differs from short vertical whip antennas in that the reactive component of its impedance has the opposite polarity, so that it can be compensated by a capacitor rather than an inductor. The loop radiator is effectively a single turn inductor that is continuously tunable throughout its useful frequency range by means of a remotely-adjustable variable capacitor.

The feed impedance and efficiency of such a loop mainly depends on its surface conductivity. The antenna has low, typically <10mΩ,>

E=Rr/Rt

where Rr = radiation resistance and Rt = total resistance of the tuned circuit. It therefore is necessary to minimize the radiating element resistance by using a highly-conductive conductor. It also is necessary to use a low-loss capacitor to minimize losses in the reactance-compensation element. If these conditions are fulfilled, high RF current will flow in the loop and it will have high selectivity and a high quality factor (Q-factor) that is typically 10 to 20 times higher than the Q-factor of traditional antennas.

The RF currents and voltages in a loop antenna are multiplied by its Q-factor. If the ST940B antenna is fed by 100-watt radio transmitter, loop RF current can reach 30-50 Amperes and loop RF voltage can reach 5000-7000 Volts. That extraordinarily high voltage necessitates use of a high-voltage, low-loss vacuum variable tuning capacitor. It is remotely adjusted to resonance by means of a precision stepper motor, because tuning of the high-Q antenna circuit is very sharp.
Once the mechanical issues are overcome, the narrow bandwidth of the tuned antenna circuit turns to be an advantageous feature as it helps to minimize unwanted harmonics in the emitted signal and to increase the signal/noise ratio when receiving.

A small tuned-loop antenna, due to its low-impedance closed-loop circuit, tends to be less sensitive to capacitively-coupled local noise sources, such as capacitively-coupled interference from nearby high-voltage power lines. Because of that, it can provide excellent reception under conditions where reception with traditional whip antennas is noisy or completely impossible.
Loop Antenna Modeling The ST940B Antenna System is a version of a Magnetic Loop Antenna (MLA) known as an ElectroMagnetic Ground-Plane Loop (EMGL). It also sometimes is called a half-loop antenna (partial-loop would be more descriptive, because the physical loop conductor forms more than half the total loop circuit), because part of the loop circuit includes conduction paths through a ground plane.

A simplified diagram of a typical full-loop antenna is shown in Figure 1 below.
Figure 1 - Full Loop
Figure 2 - "Half Loop"

The "half-loop" shown in Figure 2 is electrically similar, but easier to physically install on a vehicle. Furthermore, the ground plane helps to form a special radiation pattern that improves performance.

The full-loop in Figure 1 is excited by means of an inductively coupled smaller loop that connects to the coax feed-line. The "half-loop" in Figure 2 also could be fed that way, but the alternative shunt-feed method that is shown provides more uniform impedance matching between the transmitter output and the antenna across a wider range of frequencies. The shunt feed also is easier to implement physically in a mobile antenna. (The shunt-feed shown in Figure 2 often is referred to as γ-matching - "gamma matching")

The performance of a "half-loop" antenna can be modeled by means of the method of moments which allows for the precise definition of RF currents in antenna elements and the obtaining of the resulting radiation pattern, antenna gain, and antenna impedance characteristics. Figure 3 shows a 3-D wire model of the ST940B antenna constructed with the aid of the EZNEC 4 CAD modeling program.
Figure 4 shows the calculated 3-D RF radiation pattern produced by the antenna. The radiation pattern has less than 1 dB minimas in the horizontal plane and has only one slope directed upward in vertical plane. Therefore, except in the direction toward ground, the radiation shape approximates a sphere. An antenna that radiates almost equally in all directions obviously has a desirable pattern for use on moving vehicles that may frequently change course and head in any random direction.


In the vertical plane the radiation maximum is concentrated between 60 and 90 degrees. The combination of high vertical-angle and horizontal omnidirectional radiation makes the radiation pattern of this antenna ideal for typical HF mobile NVIS applications.

Anai-anai dan 50Mhz

$
0
0

Assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pembaca setia blog saya.

Minggu lepas saya menguruskan rumah saya di Pulau Meranti, habis perabot dan buku-buku nota saya dimakan anai-anai. Hanya beberapa hari saya tinggalkan. Aduh.. nota-nota saya berkaitan RF, pengajian saya semasa di ITM, PUO dan UTM habis berlubang. Baju-baju saya juga rosak teruk. Saya mengambil kata mudah.. humban kan saja ke dalam tong sampah.

Sayang... Cuma beberapa dokumen sahaja yang dapat saya selamatkan. Tekad dari itu beberapa barang saya bawa pulang ke JB. Insyallah ini menguatkan saya untuk memulangkan rumah itu kepada tuan rumah. Mungkin bulan 2 ini adalah terakhir sebelum saya pulangkan. Selepas ini mungkin Kuala Lumpur dan Selangor hanyalah tempat persinggahan sementara sebelum saya terus ke Pulau Pinang mungkin. Tiada lagi ruang untuk saya lebih lama di Lembah Klang bila sampai ke sana.

Tambahan pula kos sara hidup yang tinggi di JB tidak mengizinkan saya untuk menanggung kos biaya 2 rumah sewa dalam 1 masa. Malahan rumah idaman saya belum siap.

Sambil melurutkan helaian demi helaian kertas yang boleh saya selamatkan dari kesan anai-anai, saya habiskan menjawab emel rakan-rakan. Terlihat satu emel dari sahabat saya di Puncak Alam. 2 kali posting bertanyakan perkara yang sama.

Beliau bertanyakan saya susulan dari posting 9W2TPT melalui http://9w2tpt.blogspot.com/2009/12/first-few-contacts-on-6-meter.html dan 9W2RZL melalui http://9w2rzl.blogspot.com/2009/12/6m-band-on-23rd-dec-2009.html berkaitan berkerja di 6M band. Saya menggaru kepala, aduh... sudah lama tidak berkendali di Band ini. Tambahan pula saya hanya punya 2 kali sahaja pengalaman QSO di 50Mhz. Itupun lewat tahun 2004.

Sedikit maklumat yang saya paparkan ini adalah dari bahan ceramah yang telah diedarkan oleh Mr. Otakara San (9M2IDJ) di kelab MARES 2 tahun lepas.

50Mhz atau 6M band merupakan satu freq yang agak jarang digunapakai di Malaysia. Alasan utama ham radio di sini ialah atas faktor tidak punyai pesawat pemancar yang boleh memancar di 50Mhz dan gangguan pancaran siaran TV1 dan TV2 yang memakan bandwidth sehingga 5Mhz. TV1 dan TV2 masih memancar di situ hingga ke hari ini walaupun ada perancangan mengalihkannya ke jalur UHF.

Tetapi tahukah anda bahawa freq ini dipanggil magic freq? Ini kerana dari pandangan am ham radio yang biasa berkendali di 2M, makin rendah freq maka makin jauh liputannya. Misalnya 2m mampu point to point sehingga 15km, tetapi jika 50Mhz mungkin sehingga 30km. Tetapi pendapat ini boleh disanggah jika anda membuat kajian dan bacaan lanjut ciri-ciri freq ini. Ia boleh jadi sehingga 2000km!! Anda akan terkejut apabila tiba-tiba ada stesen jarak jauh tiba-tiba muncul walhal perkara ini adalah mustahil!

Freq ini tidak boleh dijangka. Itu sebabnya ini merupakan salah satu pilihan tentera dalam komunikasi.

Bagaimana ia berlaku? Pembaca boleh bayangkan begini, bayangkan ketika propagasi membuka (terutama rakan-rakan dari utara) siaran televisyen dari Indonesia boleh muncul di kawasan Alor Setar, itu UHF, jika VHF 50Mhz?. Faktor-faktor yang mempengaruhi adalah Ground wave, Single Hop Sporadic-E, Double Hop Sporadic-E, Trans Equatorial Propagation (TEP) (http://en.wikipedia.org/wiki/TV_and_FM_DX#Transequatorial_propagation_.28TEP.29) , Lapisan F2 atau nasib baik anda dapat semua kombinasinya. ;)


Tidak semestinya faktor isyarat itu datang dari negara bertentangan sahaja yang boleh sampai ke Malaysia. Adakalanya jika scatter terjadi di India, anda boleh mendengar stesen dari Jepun memanggil. Bagi saya, saya mengharapkan TEP bergantung pada sun spot semasa ;)
Adakalanya kombinasi scatter+TEP etc terjadi di China tetapi anda boleh berkomunikasi dengan stesen di Hong Kong.. Ini dinamakan Magic Freq.

Bagaimana pula anda ingin tahu terdapatnya TEP, Scatter, F2 atau lain-lain kejadian yang membantu aktiviti 50Mhz anda terjadi? Terdapat pelbagai cara, beberapanya ialah dengan mendengar di Freq Calling Channel 50Mhz iaitu 50.110Mhz (SSB) manakala Jepun (J-land) kerap menggunakan 51.00Mhz (FM) sebagai Calling Channel. Selain itu Bantuan Beacon banyak membantu. Biasanya stesen radio amatur akan mendengar di freq beacon sesebuah negara. Sekiranya dapat mendengar, beerti komunikasi antara stesen itu dengan negara dimana beacon tersebut boleh dicapai.


Malaysia juga mempunyai beacon tersendiri. Saya agak kurang pasti samada beacon ini masih aktif atau tidak. Lawati http://9m4six.marts.org.my/ untuk maklumat lanjut.

Senarai beacon akan saya lampirkan dalam ringkasan dihujung artikel ini.

Secara ringkasnya 50Mhz adalah freq yang amat menarik dan punyai peminatnya tersendiri. Terdapat juga majalah-majalah khusus untuk peminat freq ini. Dan jangan lupa, ada awardnya juga ;).


50Mhz (6M Band)

1. Band plan

50.000Mhz-50.100Mhz Telegraphy, Beacon
50.100Mhz-50.500Mhz All Narrow Band mode
50.100Mhz-50.130Mhz Telegraphy dan SSB
50.110Mhz International Calling Channel / DX Calling
50.150Mhz SSB Centre of Activity
50.200Mhz MS Centre of Activity

50.500Mhz-52.000Mhz All Mode
51.000Mhz FM Calling Channel (Jepun)

Data lain
50.510Mhz SSTV (AFSK)
50.550Mhz FAX working frequency
50.600Mhz RTTY (FSK)
50.620Mhz-50.750Mhz Digital communications
51.210Mhz-51.390Mhz FM repeaters input channels, 20 kHz spacing
51.410Mhz-51.590Mhz FM
51.510Mhz FM calling frequency
51.810Mhz-51.990Mhz FM repeaters output channels, 20 kHz spacing

2. Propagasi

i) Ground Wave (GW) (jarak lebih kurang 2 meter)
ii) Single Hop Sporadic-E (boleh mencapai 1500km-2000km)
(Contohnya stesen JA ke VR2, JA6 ke JA8, JA ke BY, JA ke UA0)
iii) Double Hop Sporadic-E
iv) Trans Equatorial Propagation (TEP)
(Contohnya stesen UK ke W, JA ke W, JA ke EU)
v) Lapisan F2
(contohnya stesen JA ke Eropah, JA ke NA, JA ke SA, JA ke AF, JA ke South East Asia)
vi) Propagasi yang lain
(F2+TEP atau TEP+Scatter atau sporadic-E+scatter)

3. Jenis Pesawat pemancar
Kebanyakkan pemancar 50Mhz di Malaysia hanya dari keluaran Jepun misalnya:
Icom, IC706, IC7000, IC7200, IC7400, IC756PRO
Kenwood TS2000, TS480
Yaesu FT897, FT857, FT817(kurang praktikal kerana 5W sahaja), FT450, FT950, FT2000, FT9000.


4. Antenna
Grundplane (vertical) – Hanya sesuai untuk QSO local sahaja. Tidak sesuai untuk DX QSO.
Yagi – Antenna paling popular untuk 6M DX QSO. Cross, Stack yagi
Loop antenna – Delta loop, Qucical Quad adalah paling sesuai.
HB9CV (kecil dan ringan)

5. Beacon
Terdapat banyak 6M beacon berterabur di seluruh dunia untuk memaklumkan band open. Lawati http://www.uksmg.org/content/beaconeurope.htm dan http://www.qsl.net/g0isw/50MHz.htm

Dan bacaan disini banyak membantu saya ;) http://www.df5ai.net/Material/articles.html dan http://www.ham-radio.com/n6ca/50MHz/6mtrdx.html

Antenna nak buat sendiri? Lawati laman web ON6MU di http://www.dxzone.com/cgi-bin/dir/jump2.cgi?ID=13561
3 element 50Mhz Long Yagi

P/S: Jika ada yang kaki 6M, pernahkah anda mengakses repeater 6M? ;)

Hingga jumpa lagi…


Ada kesempatan saya akan buka topik berkaitan 80M band dan ham radio malaysia cadangan alternatif freq selain 40M... Insyallah.

Kartini Hamfest 2010 Anjuran YL Jawa Barat YC1NUN

$
0
0

Sekadar menyampaikan..

Assalamualikum dan salam sejahtera, rentetan dari emel dan Facebook dari Nun Ica YC1NUN, saya menyampaikan jemputan buat rakan-rakan yang berminat. Saya agak kurang pasti adakah acara ini agak besar, sama besar dari Hamfest Jakarta 2007.

Apa yang pasti saya ialah terdapat kecenderungan YL radio amatur Indonesia berusaha menganjurkan YL Hamfestival pertama kali (mungkin kot?). Kebetulan acara ini diadakan di Bandung pada tanggal 24 dan 25hb April 2010. Juga satu lagi kebetulan jika YL dari Malaysia yang hadir mungkin ingin membeli belah di Pasar Baharu dekat Jalan ABC atau Cibaduyut mungkin hehehehe...

Saya tidak pasti akan hadir memandangkan faktor kewangan yang terhad. Jika ada yang ingin pergi boleh la saya memesan barang.. CW Key jenis skuish yang akan dijual di Flea Market hari tersebut.

Menurut dari peta yang dilampirkan acara ini akan berlangsung tidak jauh Lapangan Terbang Bandung. Manakala maklumat lanjut hotel dan lain-lain boleh didapati di alamat di bawah.


Untuk warga hamradio Malaysia.. Jika ada yang ingin merasai Aktiviti Hamfest luar negara, Indonesia adalah yang paling terdekat dan terbaik.... di bawah maklumat lanjut aktiviti ini.
Aktiviti hamfset ajuran YL (wanita) Daerah Jawa Barat di Bandung diketuai oleh YC1NUN. Maklumat lanjut acara boleh diperolehi di:

Antara acara-acara yang bakal berlangsung:
B. RENCANA KEGIATAN
Kegiatan Kartini HAM Festival ‘2010 ini akan terbagi menjadi 2 (dua)kegiatan yaitu :
1) Kegiatan Non Amatir- Bakti Sosial (pemberian bingkisan kepada Jasa Penyapu Jalan Kota Bandung danpara Veteran Pejuang, Sunatan Masal, dll).- Lomba Gambar anak2 tingkat Sekolah Dasar
2) Kegiatan Amatir Radio
-Workshop : kegiatan ini merupakan wadah para Amatir Radio berkumpul untuk peragaan, diskusi mengenai berbagai experimen, pengenalan dan demo diantaranya Workshop APRS,eQSO, Club-Club Station, CW, Digital Komunikasi dll.
- Pameran Amatir Radio : kegiatan ini merupakan ajang memperkenalkan berbagaimacam peralatan yang dipergunakan para Amatir Radio, mulai dari perangkat radio,antena, QSL Card, Home
-Brew, Rescue dll.- Bazar : menyajikan barang-barang elektronik perangkat komunikasi dan hal-hal yang berhubungan dengan komunikasi.-Lomba : Asah Terampil (Atari), Fox hunting Mobil dan Jalan kaki, Eye Ball-QSO,Special Call, Kode Morse, Slalom test Antena, Merakit, Set Up Emergency,Lomba-lomba hiburan.
Antara acara yang akan di adakan ialah:
JADUAL AKTIVITI

A. JUMAAT 23 APRIL 2010
- 19.00 * Persiapan Pemasangan Stand dll
* Pendaftaran Lomba (Pertandingan)
* Peserta sudah diperbolehkan masuk Areal Kegiatan
A. SABTU 24 APRIL 2010
- 09.00 * Pendaftaran Lomba-
10.00 * Lomba Kode Morse* Lomba Slalom Test Antena
11.00 * Walking Fox Hunting-
12.00 * ACARA PROSESI PEMBUKAN YL JABAR KARTINI HAMFEST
2010- 14.00 * Lomba Merakit untuk YL
* Lomba Eye Ball QSO-
18.30. * Lomba Atari-
22.30* selesai
A. MINGGU 25 APRIL 2010


- 09.00 * Mobile/Motor Fox Hunting-
10.00 * Lomba Set Up Emergency YL-
11.00 * Demo Aprs dll
* Lomba Gambar Anak-anak Tk.Sekolah Dasar
* Lomba-lomba Hiburan-
16.00 * Pembagian Hadiah-
17.00 * Penutupan

* Keterangan : - Apabila ada Perubahan Jadwal Kegiatan ini akan dilampirkan pada Juklak.
- Acara Prosesi Pembukaan terlampir pada Undangan.- Ajakan untuk para peserta YL bersama-sama Panitia pada saat PembukaanAcara YL JABAR Kartini HAMFEST 2010 memakai pakaian Nasional/Kain Kebaya , dan akan ada penilaian khusus dari Panitia
P/S: saya banyak menggunakan perkataan kurang pasti hehehe.. terima kasih pada Pak 9W2OOS atas memaklumkan ada nya acara ini.


Bingkisan Caca Marba

$
0
0

Assalamualikum dan salam sejahtera.

Minggu lepas saya berkesempatan bergerak secara bagpacker di Ibu Kota. Dari KLIA melompat-lompat pengangkutan awam. 4 hari terakhir di ibu kota saya memilih untuk menginap di Kelab Mares. Nostalgia.. saya masih menyimpan beberapa gambar kenangan ketika kelab Mares yang pertama di Bukit Persekutuan (sebelum berpindah ke PJ) juga merupakan tempat persinggahan menginap semasa saya di Schlumberger. Pejabat ketika itu di Rohas Perkasa tidak jauh dari KLCC.

Kelab Mares banyak berjasa pada saya. Selain tempat menumpang teduh di kala merantau mencari sesuap nasi di Kuala Lumpur, ia juga adalah tempat saya bermasyarakat dengan ramai orang.. Pak Nik, Hj. Rashid, Abg Adi, Pak Kamsol, Allayarham Hj. Idris, Hj. Dahlan dan ramai lagi. Peralihan dari zaman mahasiswa kepada zaman bekerja, mereka yang sama-sama melalui zaman itu kini ramai ham radio yang telah pun bersara, pencen dan ada yang menumpukan pada keluarga. Owh.. Ok lah. Berbalik pada tumpuan saya.

Aiseh.. minda masih lagi teringat flight yang saya naiki minggu lepas.. tercabut skru hehehe.. sempat la shoot gambar tempohari. Oklah.. lupakan itu.


Banyak yang ingin ditulis.. masa mencemburui. Banyak tempat yang nak dijejak, masalah kewangan turun dan naik. Kali ini saya menulis analisa mingguan tentang blog-blog berkaitan radio amatur Malaysia.

Analisa isu 9M2MGL

Saya mulakan dengan isu 9M2MGL di http://9m2mgl.blogspot.com/. Saudara Azman mengutarakan tentang kesilapan MCMC yang mengeluarkan callsign bertentangan dengan garis panduan Callsign yang dikeluarkan. MasyaAllah, apa sudah jadi dengan MCMC? Atau hal ini terleka? Saya masih teringat di peringkat MCMC itu sendiri belum ada satu keseragaman tentang pengeluaran callsign. Ada satu ketika, callsign rakan A telah tamat tempoh semalam. Hari ini si B dah ambil.

Bagaimana sih kalau si B mula ke udara dan bertemu dengan stesen radio amatur luar negara yang sudah lama mengenali si A? Seharusnya pihak MCMC perlu mengekalkan atau membekukan sementara callsign si A sehingga satu tempoh. Dalam tempoh ini lah semua qsl card, urusan dengan persatuan dan lain-lain dapat diperbetulkan. Adakala alamat qsl card bagi callsign si A memerlukan pembetulan pada pemilik asal. Kad QSL adakala mengambil masa 2 tahun untuk sampai pada pengendali sebenar (bergantung pada beberapa faktor seperti stesen pembalas lewat hantar atau prosedur biro QSL yang menghimpunkan kad-kad terbabit secara pukal).

Ketika membaca isu saudara azman, saya cuba menjejak carian callsign dari sesawang MCMC. Saya temui stesen beberapa stesen dari 3 alphabet suffix yang bermula dengan Q. Untuk memahami lebih lanjut para pembaca bolehlah melayari http://9m2mgl.blogspot.com/2010/03/sapi-dah-lembunya-dimana.html untuk ayat yang lebih tepat. Saya agak berhati-hati menulis tentang ini tetapi beberapa suffix kurang ok digunakan seperti GOD, ASS dan sebagainya harus diperhalusi MCMC.

Pandangan saya.. Apa sudah jadi dengan Garis Panduan Callsign Radio Amatur Malaysia? Dan software yang digunakan oleh MCMC untuk menjana callsign semasa pendaftaran tidak ’block’ callsign yang tidak boleh digunakan tidak berfungsi? Ini mampu memalukan kami pengamal radio amatur berdaftar pada dunia luar.

Ham Radio Malaysia dan Yaesu

Rentetan dari Kejayaan Koperasi K-ramat iaitu koperasi ham radio pertama di Malaysia. Pertama kali saya melihat penubuhan koperasi ini saya kurang yakin. Hinggalah apabila koperasi ini berjaya melihat peluang. Bagaimana syarikat-syarikat besar seperti SLW, Amtel, dan syarikat besar lain yang memonopoli penjualan pesawat radio VHF, UHF, Trunking dan HF. Jika melihat sebagaimana yang pernah saya ceritakan. Pengalaman mendapatkan sebutharga untuk sebuah radio. Harga radio boleh mencecah hingga 3 kali ganda.

Masalah permit membawa masuk radio yang berbelit (Bagi model-model terbaru), keengganan (saya kira kurang pengetahuan) pegawai dari SIRIM mengeluarkan AP pada individu ham radio dan masalah percukaian yang melampau acapkali menggugat pengamal radio amatur berlesen di Malaysia. TAHNIAH pada K-ramat kerama menjuarai isu ini. Dengan menjadi pengimport perkakasan radio amatur yang sah, saya percaya faedah ini akan dapat dinikmati bersama oleh semua warga radio amatur di Malaysia.

3 model VHF yang dalam proses dihantar ke SIRIM untuk pengesahan standard, 2 Mobile Transceiver dan 1 Handie Talkie.Model ini ialah Yaesu FT-2900, Yaesu FT-7900 dan FT-270. Saya pernah hadir pada satu sesi taklimat pengedar tunggal jenama Standard Vertex di Glenmarie Shah Alam. Dari taklimat tersebut pada mulanya saya percaya adalah mustahil pengedar tunggal ini akan melepaskan hak pengedaran di bawah jenama Yaesu.

Saya terkejut bila pihak Standard, Divisyen Yaesu memberi peluang pada K-ramat. Tahniah dan syabas K-ramat. Nasihat saya yang tak berapa tahu hal marketing ni, market Malaysia kecil. K-ramat juga harus bersaing dengan luar Malaysia. Pasaran di luar Malaysia sana jauh lebih besar. Jangan harapkan ham radio Malaysia yang hanya 2000 orang ini. Lihat Indonesia dan populasi ham radio nya. Lihatlah Thailand dan negara lain. Setakat ini hanya 2 negara yang mampu memasarkan peralatan radio amatur dengan harga yang berdaya saing iaitu Hong Kong Dan Singapura. K-ramat boleh ;)!!

Bacaan lanjut mengenai status K-ramat boleh dicapai di http://k-ramat.blogspot.com/2010/03/yaesu-dah-sampai.html dan jika anda berminat melabur boleh la mula dari sekarang.

Masalah mengimport Motorola GM338

Beberapa minggu lepas saya dihubungi bertalu-talu oleh rakan dari Kuala Lumpur bertanyakan prosedur mengimport masuk radio. Selidik punya selidik rupanya beliau ada mengimport masuk radio jenis Motorola GM338. Rakan kita ini telah berusaha beberapa kali mengikut prosedur yang ditetapkan. Malang nya rakan kita ini bertemu dengan pegawai yang tidak tahu langsung tentang keperluan radio amatur. Baca-bacalah situasi rakan kita ini.... http://9w2bcb.blogspot.com/ dan pasti ada rakan-rakan yang pernah berurusan dengan SIRIM pernah mengalaminya. Dalam hal ini saya merasakan terdapat 2 faktor utama.

Pertama atas faktor pegawai terbabit kurang pengetahuan. Sebab apa, sila baca ulasan Pak Syed dalam blog di atas. SIRIM pernah (Bukan pernah... ada lebih 100000 unit set yang dah dapat permit AP ke Malaysia bagi model ni ) mengeluarkan AP untuk model ini. Tup.. tup.. Tak nak keluar kan. Jika pegawai tersebut merujuk pula pada senarai peralatan radio amatur yang dibenarkan masuk ke Malaysia untuk kegunaan Ham Radio pula, senarai tersebut adalah lapuk. Tidak pernah dikemaskini dari mula ia dikeluarkan hinggakan ada yang telah discontinued. Lihatlah juga kes 9M2MKW Pak Kamsol 3 tahun lepas apabila SIRIM mengenakan caj yang tidak betul, dan akhirnya terpaksa menulangkan lebihan caj.

Faktor kedua pula ialah spesifikasi kurang jelas yang diberikan oleh MCMC kepada SIRIM apakah radio yang boleh digunakan oleh ham radio. Merujuk pada catatan Pak syed, dari apa yang dikatakan oleh pegawai SIRIM.. menggunakan radio motorola tersebut untuk kegunaan radio amatur adalah salah.. hehehe.. mungkin ini tanggapan saya. Maka kenapa perlu akujanji di hadapan Pesuruhjaya Sumpah supaya menyimpan rahsia komunikasi? Bukankah sebab secara lumrahnya radio kegunaan radio amatur adalah open band dan etika radio amatur itu sendiri yang menjaga sempadan kegunaan freq yang telah ditetapkan. Dan carilah didunia ini radio yang menepati kehendak untuk ham radio mengendalikan freq sebagaimana yang dinyatakan oleh kes di atas...Owh.. malangnya ham radio Malaysia.

Pandangan saya, MCMC selepas 12 Tahun CIMA, rombakan besar-besaran perlu ada dalam peraturan ham radio malaysia. Terima kasih Syah 9M2SZ atau input, takrifan ham radio yang tidak jelas. Ham Radio Malaysia perlu ada peraturan khas yang sendiri agar ham radio di Malaysia tidak berada dalam keadaan teraba-raba dikala ham radio negara tertangga sudah 12 tahun kehadapan....

UTM ARDF

Banyak gambar yang ingin saya lampirkan, malangnya mood nak upload gambar acara ini ada turun naik. Mungkin ada rakan-rakan yang telahpun membacanya. Tahniah buat pelajar-pelajar UTM yang diketuai oleh Pidot, Penyu dan YL UTM atas penganjuran. Laman web pidot boleh ditemui di http://dawus.blogspot.com/ Pak Din 9M2DA telah menjemput bersama Ham Radio dari Batam sama-sama memeriahkan aktiviti ini. Terjumpa pulak YC5PSC, hahaha.. banyak hutang saya yang belum dijelaskan padanya. J Secara total pertandingan ini berjaya. Juga 9M2LC yang hadir. Lebih membanggakan, Team ADTEC Kulim yang pulang dengan tangan berisi. ;)



Dxpedition sana dan sini

Selain dari Malaysia DX yang dikepalai oleh 9W2RI, 9W2WF, 9M2ZC, 9M2SQL dan beberapa rakan, salah seorang yang agak aktif di 10m iaitu 9W2RZL http://9w2rzl.blogspot.com/ acapkali aktif kedengaran.

Saya hanya memantau sahaja melalui web aktiviti field day sahabat diluar sana. Kebetulan pula beberapa rakan mengadakan field day di Tanjung Piai dengan callsign 9M4STE. Kazusan.. Otakara dan Rizal temerloh boleh dilihat di http://dxpeditionmalaysia.blogspot.com/ Menurut Otakara, 400 stesen.. mungkin ada data yang lebih tepat.

Cuaca panas melampau dan kesannya

Kebetulan juga semasa minggu Chinese New Year lepas saya berada di Utara semenanjung. Cuaca panas melampau sehingga mencecah 39 darjah Celcius menyebabkan jalan keretapi disini bengkok. Keretapi tergelincir dan saya mengalami sun burn.. aduss..

Tetapi lebih menyeronokkan ialah siaran radio kegemaran saya berkumandang dengan jelas. Rupanya panas terik minggu itu membuatkan propagasi mendukung. Siaran Radio Republik Rakyat Chinna di short wave jelas tanpa antenna yang sesuai. Rancangan tersebut banyak bercerita tentang Perdana Menteri Chinna membuat ucapan Selamat Tahun Baru Cina buat semua pendengar. Juga sabutan perayaan ini sekitar Asean. Apa yang menarik, juruhebahnya menggunakan bahasa melayu 100%.

Teringat siaran yang saya saya kerapkali dengar 15 tahun dulu ketika di Asrama High School. Nostalgia. Hari yang sama saya juga mendengar CQ dari 9W2DI di 10m. Sms dari 9W2VVH abang Khusairi memaklumkan band mula membuka... hinggakan komunikasi di 6m band juga bergegar. Stesen dari VK6 jelas kedengaran. Sayang.. saya hanya memantau.

Musim AGM

Khabar dari Lembah Klang, Mares juga akan mengadakan AGM terdekat ini. ASTRA akan mengadakan pada 20 Mac kalau tidak silap saya. Manakala persatuan lain saya tidak tahu. Insyallah Flea Market nanti semasa AGM saya akan menghabiskan 4 unit 10m yagi untuk dijual. Juga Peta Amateur Radio. Jika ada yang berminat boleh lah hadir semasa AGM nanti.


Lain-lain

Saya akan hadir ke Bandung semasa hamfest ini tetapi hanya sebentar sahaja. Masa sayaa akan banyak dihabiskan di Jakarta. Khabarnya 9M2RS, 9W2YR, 9W2DJ, 9W2NYC, Dr. Kamil dan beberapa sahabat ham radio dari malaysia akan hadir di sana. Saya bersama 9W2MAA dan MW0EIB akan ke Glodok dahulu. Kemudian barulah kami mengambil kesempatan ke Bandung.

Jika mengikut rencana kami akan singgah di Jakarta dan bermalam di Sofyan Betawi pada Khamis petang. Pagi jumaat, ke Glodok, Tanah Abang (Mencari kebaya merah hehehe), Mangga Besar, Masjid Istighal (Solat Jumaat) dan Monas petangnya. Malamnya akan bergerak ke Bandung dengan keretapi dan dijangka bermalam di Hotel terhampir dengan festival.

Kemudian malam itu acara wajib iaitu flea market di festival. Saat ini lah yang ditungu-tunggu dimana barangan second hand radio mula disusun. Ramai ham radio akan berebut memilih perkakasan radio yang dikira special atau sukar dicari. Jika bernasib baik mungkin dapatlah variable capacitor dengan harga istimewa. ;)

Keesokkan seharian di festival kemudian barulah bergerak ke Cibaduyut dan beberapa lokasi menarik. Menginap semalaman di Bandung, keesokkan mungkin penutup festival sebelum membeli belah. Kemudian pulang ke Jakarta dengan keretapi dan pulang ke Hotel di Menteng. Isnin pagi habiskan shopping sebelum beransur pulang ke Bandara Soekarno Hatta Insyallah... pack sungguh.

Itu saja kot tulisan saya.. Insyallah jika ada isu terbaru akan saya paparkan. Oh, sebelum terlupa, saya juga akan mula menerima tempahan Miracle Whip. Jika ada yang berminat boleh emel kan pada saya.



Hingga kita jumpa lagi, pada yang akan menduduki CW semoga berjaya!! Jumpa di Kartini Hamfest ;)


P/S : Sudah 2 kali antenna HF saya dicuri di rumah sini... mungkin saya akan hanya memantau buat masa sekarang di HF.



P/S : Saya akan menjual antenna 10m yagi 3 elemen, peta radio amatur dan miracle whip untuk QRP/Protable HF. Jika ada yang berminat boleh hubungi saya melalui emel di sebelah.


Penulisan saya agak tidak konsisten.. maaf kerana banyak cacamarba dan tiada kesinambungan ayat. Mungkin saya agak kaget dengan kehidupan di.....

Ada sesiapa nak beli? Projek Tabung Ayam.

$
0
0
Assalamualaikum.. dan salam sejahtera

Ujian CW telah berakhir.. Pak Yob (mungkin 9M2YOP) setelah 5 kali peperiksaan akhirnya lulus. Saya tidak akan menulis panjang, anda mungkin boleh perolehi di http://9m2mgl.blogspot.com

Saya mengambil kesempatan untuk mengiklankan beberapa barangan. Saya akan mula menerima tempahan mulai bulan 5. Tetapi terdapat juga beberapa barangan yang akan saya bawa untuk jualan semasa Flea Market AGM Mares. Antaranya:

1) Antenna Yagi 10m 3 Element (4 Unit tinggal)
(Casing portable dijual berasingan - untuk portabliti, field day, outdoor)
2) Peta Yaesu Amateur Radio (8 Keping)
3) Lain-lain barangan.

Manakala tempahan barangan berkaita radio adalah seperti di bawah:

1) 2 Element yagi 20, 15 & 10m (berat 1.6kg sahaja)
(Beg khas untuk dibawa ke mana-mana dijual berasingan)
Gambar antena seperti di bawah:



Tempoh membuka dan memasang kurang 5 minit.


Antenna ini telah digunakan di beberapa DXpedition yang telah kami lalui. Ciri-ciri antena ini akan saya terangkan pada entry yang akan datang


Selain itu saya juga akan mula menerima tempahan untuk Miracle Whip. Bagi pemilik Yaesu FT817ND, QRP stesen dan sebagainya mungkin ingin memilikinya. Antenna ini (dengan Tuner) amat sesuat digunakan bagi tujuan komunikasi mudah alih, portable atau SOTA (Summit On The Air)
Ok... itu saja dari saya. Nampaknya mata gergaji saya sudah sampai. Boleh lah saya memotong saki baki papan Polycarbonate belakang rumah.

Kandungan bungkusannya..

Di meja saya... penuh dengan kira-kira prototaip antena 9M2RS yang bakal diuji, harapan saya antena ini sukses Insyallah.


Owh, terlupa saya.. terdapat emel bertanyakan tentang peta Yaesu Amateur Radio yang akan saya jual semasa Flea Market nanti. Di bawah ialah peta yang saya akan jual. Dalam stok saya ada 8 keping. Masih baru kecuali yang 1 ini yang saya buka untuk di ambil gambar. Cepat, siapa cepat dia dapat. cantik dibingkaikan dan diletakkan di shack radio anda. ;)


Lihat, 9M2, 9M6, 9M8, 9M0 dan callsign negara tetangga ;) apabila mendengar callsign, mata pasti melihat dipeta agar tahu sejauh mana isyarat itu menjelajah sebelum tiba di 9M land. :)

Ukuran peta ini adalah A1... penuh warna, terang dan jelas.

Itu sahaja coretan saya.... saya lampirkan gambar selingan sebelum menamatkan tulisan ini.
Kamera canon G11?? mungkin idaman seterusnya. Gambar cantik. Malahan lebih baik dari panasonic saya.


Gerai yang agak popular di Petaling Jaya. Sempat singgah melihat bersama 9W2MCC bang Omar. Malangnya tiba-tiba penguatkuasa trafik MBPJ datang mengeluarkan kompoun parking dek kerana ramai pelanggan yang meletak kereta di bahu jalan. Tempat letak kereta yang terhad membantutkan rencana kami untuk bersarapan di sana.


Minggu depan saya harus kembali ke Jabatan Kimia. Ada tugasan yang belum selesai dan kes-kes tertunggak menunggu pengesahan Jabatan kimia. Bangunan ini acapkali membuatkan saya dapat singgah samada di Amcorp Mall dan juga Kelab MARES.... ;)


Ini sahaja coretan saya... semoga dapat bertemu di Flea Market nanti ya... Selamat malam..
73
P/S: Tahniah pada calon CW terutama 9W2RZL. Kami telah menunggu anda 3 tahun di HF. Kedatangan kamu pasti kami hamparkan permaidani merah. Luaskan freq pada AA anda... Pada 9W2VOL, anda juga pasti sukses nanti di HF. Dan buat Kak Azura dan Abang Khusairi, hujung tahun ini buktikan anda berdua lulus CW serentak, sebagaimana ketika anda sama-sama lulus RAE!! (ketika itu saya hanyalah remaja di sekolah pertama kali mendengar suara anda berdua di 2m - RUK )

Mereka himpun qsl card utk award, tapi saya?

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
.
Terima kasih atas masih setia dengan melawati laman saya ini. Alhamdullillah kesibukkan saya sudah mulai reda. Cuma ada beberapa isu semasa berkaitan Ham Radio di kawasan kita yang akan saya ulas sedikit masa nanti. Juga hampir 150 emel dari rakan-rakan yang tak dapat saya jawab sepenuhnya.

.
Saya agak cemburu dengan beberapa sahabat kita yang rajin berkomunikasi di HF dengan stesen luar negara. Kerajinan mereka makin berbaloi apabila peti surat mulai penuh dengan QSL kad. Aduss.. hebat!

.
Malahan sudah ada yang menuntut habuan iaitu award yang agak menarik.. DXCC, Contest dan lain-lain. Dengan lokasi rumah saya terkini yang hampir dengan Singapura membataskan pemancaran saya. Sudah 2 kali Dipole saya dipotong jiran. Mmmm... rupa-rupanya dek booster-booster TV jiran bagi mendapatkan siaran dari Batam dan Singapura mudah diganggu oleh transmisi saya.

.
Ini membuatkan saya hanya menjadi tepu dan hanya memantau sahaja. Kedengaran kerap 9W2WF melalui kelab Mares memanggil CQ lewat 40m dan 20m band.

.
Berbalik soal QSL card, saya mula memikirkan tentang bagaimana mengoptimunkan koleksi-koleksi qsl kad saya? Alhamdullillah, saya mencuba temuduga melanjutkan kemahiran saya ke peringkat atasan. Berbekalkan koleksi-koleksi kad saya itu saya susun di atas album gambar. Dengan harapan bergunung saya majukan pada satu sesi temuduga...

.
Terdapat 2 kelebihan saya dalam temuduga ini,
1) Ham radio membentuk saya mahir mengeluarkan idea spontan.
2) Kemahiran bahasa ke 3 saya.
.

Dan alhamdullillah, gambar-gambar di bawah ini ialah hasil dari koleksi-koleksi QSL kad saya ;). Ditakdirkan saya adalah calon termuda tercalon ke program ini, Bakinya rata-rata berusia lewat 40an.
.

Semasa temuduga, saya memaklumkan bahawa saya telah berkomunikasi dengan seluruh dunia (kononnya hehehe) dan bertukar-tukar idea serta pengalaman dalam pelbagai bidang yang dibincangkan. Panel temuduga asalnya tidak percaya, dan meminta saya buktikan dengan sesuatu. Saya tunjukkan QSL kad yang telah disusun mengikut setiap benua, disamping itu Sijil-Sijil penglibatan Hamfest luar negara juga saya sertakan.
.

Bila masa sesi bual bicara, saya spontan menjadi yakin menggoreng topik yang diberi. Entah dari mana idea menggoreng tu dapat hinggakan susun atur perkataan English saya pun baik. Mungkin berkat berkomunikasi kerap di HF yang membantu kot.
.

Tiada apa yang saya dapat ulaskan.. mungkin gambar-gambar di bawah mampu menceritakan hasil saya ini. Oleh itu, bagi para pembaca yang ada koleksi qsl kad yang banyak.. himpun dan lihat potensinya buat ada.. saya sudah membuktikannya ;)



Para peserta yang terpilih, saya antara termuda.. Terima kasih Ham radio ;)





Lakaran kasar perjalanan saya ke Korea. Habis saya pusing sekeliling korea. Korea merupakan negara gunung ganang, tidak hairanlah orang korea terkenal kerana teknologi menebuk gunung dan membina terowong.




Walla weii... keretapi subway luas. Tidak seperti Malaysia yang agak sempit. Pengalaman di Jepun, Korea dan Chinna, sistem subway hampir sama dan padat seperti tin sardin ketika waktu puncak. Pernah lihat bagaimana petugas subway menolak orang masuk di dalam subway yang padat? hahahaha...

Memandangkan makanan halal agak sukar, makanan laut merupakan alternatif. Tetapi awas bagi mereka yang ada ghout. Nasib baik saya terselamat dari terkena semasa di sana. Ubat memang sentiasa standby huhuhu.. Ini merupakan sotong hidup. Terdapat restoran yang menyediakan menu yang ganas, makan sotong hidup-hidup. Saya mencuba dan rasanya.. adus, bayangkan sotong tu masih hidup dalam perut 1 jam pertama. Uikkkkk!!! taknak dah buat.
Ini merupakan makanan laut spesis kerang yang popular.. lagi ubat ghout daa..
Yang ini saya tak pernah cuba (atau dah termakan tanpa disedari)
Sebahagian dari bahan di DMZ. DMZ (Pammunjong) merupakan satu garis lintang yang memisahkan korea utara dan korea selatan. Bagi yang nak pergi pastikan 2 minggu booking. Ketika lawatan, Korea masih tegang kerana isu tenggelamnya sebuah kapal perang korea selatan... carian google mungkin membantu. Dan menurut Jeffri sahabat saya di kedutaan, segala percakapan anda dirakam apabila berada di sana. Elemen-elemen provokasi agak ekstrem di sana. Oleh itu.. kalau ke sana jangan lupa ke DMZ yer ;)
Ini merupakan kit saya sepanjang di sana. Dengan Passport dipegang oleh Kerajaan Korea, hanya kad di bawah yang saya ada. Maggie (sebab makanan halal takder) yang saya bawa dari Malaysia. Kad telefon dan kad pengangkutan awam (mcm Touch N go) boleh digunakan untuk teksi, bas dan subway. Bila bercakap soal makanan halal, sebenarnya tidak susah, di Seoul terdapat satu jalan iaitu di Ittewon (ala ala jalan Bukit Bintang KL) di mana terdapat banyak makanan halal. Masjid Ittewon (merupakan masjid tunggal di Seoul (dari 19 masjid seluruh Korea) yang mana pemberian Rakyat Malaysia pada 1957 sempena kemerdekaan kita) adalah tempat yang banyak terdapat kedai halal. Teringat saya majoriti kedai halal di sana boleh berbahasa asas melayu. Waa....

Ini merupakan kad pengenalan saya sepanjang di sana.
.
Salah satu ceramah dalam kelas yang saya hadiri. Sebenarnya latihan dan ceramah dalam kelas hanya 4 hari. bakinya kami habiskan dengan mengembara ke seluruh Korea. Owh.. lupa nak tulis, Selain kad pengangkutan dan kad telefon diberi percuma, kami juga diberi wang poket! 4 angka huh....

Ini saja shoot huhuhuuh.. ni gambar masa nak balik ke malaysia, penerbangan pergi dan balik dengan bisness class. Makanan pulak hampir 4 kali (ikut menu), berbaloi la dengan 6 jam perjalanan.

Yang kimchi ni bawak balik bagi orang kampung huhu..
Dan pastu layan balik main games... ni kira game paling lama main.. zaman ATARI dulu weii..
.
Ok berbalik soal makanan paling best di korea, rata-rata orang korea suka makan makanan rebus. Kalau bab pedas, kalah kita. Cili korea memang pedas. Menurut Jeffri, itu sebabnya masa musim H1N1, orang korea mendakwa mereka takkan terkena wabak tu disebabkan pemakanan diorang.
Ini merupakan makanan favourite saya. Dengan bantuan Jeffri, kami bertemu juga dengan makanan best ni.. kuahnya rasa lebih lazat dari mee bandung muar dengan pedasnya Ya Allah.. esoknya masih terasa kat bibir. Masa sampai pun dah jam 2pg makan dengan Jeffri, Izenan dan Kamaruzaman.
Ni kali kedua pulak pegi makan dengan Wendy, orang penang. Gileerrr arrr... sampai sekarang terasa nak makan lagi aduss.. kalau kat Malaysia memang takkan jumpa rasa pedas cam ni.. Wasabi pun kalah. Tapi yang hairannya, lagi makan dalam pedas tu lagi nak tambah.. sedar2 dah 2 jam makan beb.

Ni pulak makanan rutin.. apa leh buat, ketam rebus dan makan laut aja yang termampu. Soal halal kena hati-hati gak. :(

Ni gambar kat Nami Island.. Ingat Lagi cerita Winter Sonata? Saja la.. hari terakhir kitaorang. Owh.. tentang Pulau Jeju, takder apa sangat sebab ia adalah pulau dengan iklim tropika sedikit. Lebih kurang malaysia actually.

Ni gambar dari bilik hotel waktu malam, depan tu ialah Namdenmun. Pusat fesyen kegilaan kaki fesyen funky. Bila masuk hari kedua ketiga, akan perasan, kalau orang jepun pakaiannya agak funcky ala ala kartun manga. kalau korea funckynya terkini ok. kalau budak-budak Hong Kong agak gila2 funcky (cam org gila la kot) hehehehe..

Ni masa kat Busan.. bilik hotel mengadap laut dengan kapal lalu lalang.. cantik permandangan. Owh.. hotel-hotel di korea selalunya akan bagi tuala yang kecil (selalu kita lap peluh aja kat malaysia). So, pastikan bawak extra tuala yer ;).

Seperti biasa, kalau kaki dah jejak di negara orang akan la saya carikan pakaian tradisional untuk buat yang tersayang. Dapat la dengan harga berpatutan satu set. Cantik la pulak bila dia pakai beb ;).

Ni gambar selepas makan malam dengan Dato' Ramlan, Duta Malaysia ke Korea. Sebelum ni kalau tak silap beliau adalah Duta Malaysia ke Bosnia. Makanan rumah dia la buatkan mata menitis beb... betapa sedap nya makanan Malaysia.. ish ish.. rindu nak balik Malaysia. Taknak asyik-asyik makan udang dan kerang (kadang-kadang ketam) hari-hari. Nasi pun kat sini macam pulut, terlalu banyak kanji.
.
Ada satu hari tu, sabahat saya ajak gi cari setem. Di Seoul terdapat satu kawasan macam Lorong Kulit Penang. Sempat la cari buku-buku lama. Cuma ada buku dari era peperangan korea yang kami temui. Cari punya cari terjumpa la.. satu set setem koleksi lengkap. Terus sambar beb..

Surat khabar terakhir sebelum tentera korea utara hampir menawan Seoul.... perhhgg.. Peperangan Korea agak tragik berbanding Vietnam di mana ketika ini kemuncak pertembungan kuasa barat dan ideologi Komunis. Secara teknikalnya, korea utara dan selatan masih lagi berperang. Belum ada perjanjian menamatkan peperangan dan hanya ada hanya gencatan senjata sahaja.
Satu batu tangga di istana Gwang**** (lupa nama dia). Jika di Kota larangan (Beijing) kebanyakkan simbolik pada batu ialah naga dan singa. Di Korea lebih pada elemen binatang yang baik-baik iaitu tikus dan kucing (saya rasa la).
Ni menu kat tempat kuliah saya. Terima kasih pada tukang masak yang telah berkhidmat hampir 15 tahun memasak makanan untuk muslim Malaysia.. Macam tau-tau citarasa saya huhuhuh...

Ni ialah sebahagian dari rutin istana, pengawal-pengawal istana melakukan demo sebagaimana ketika dulukala.

Di subway banyak menggunakan touch screen information kiosk. Besar gilerr nak google earthkan lokasi kitaorang.
Untuk kaki ham radio yang ingin mencari barang-barang ham radio... ingat nama ni. Bayangkan Jalan Pasar sepanjang 4km... anda pasti sesat hahaha.. Barang-barang ham radio banyak dijual disini. Tapi saya melupakan hasrat nak mengulas tentang barang-barang ham radio yang dijual di sini memandangkan kadar pertukaran Won ke RM agak tidak berbaloi. Won 10,000 bersamaan RM28. Icom IC7000 berharga hampir RM6000. Lupakan saja..
.
Tapi ada yang istimewa, kalau kat Malaysia, 7 segmen atau LED adalah pilihan projek Display unit. Tetapi disini, LCD adalah pilihan.. bayangkan projek anda selepas ni banyak menggunakan LCD. ;)
Polis disini rata-rata adalah muda. Dikalangan mereka yang setelah selesai menjalani kerahan tenaga (askar) ada yang menyambung perkhidmatan sebagai polis. Tahukan anda, kadar jenayah di Seoul adalah hanya 0.01%. Dan jenayah majoriti berlaku apabila orang mabuk. Aduhai.. Malaysia bagaimana ya?

Mmmm... bila masa malam.. agak bosan. walaupun Nandenmun kebanyakkan kedai dan shopping Complex hanya menutup perniagaan jam 5 pagi. hiburan adalah perlu. Saya sempat melayan teater Nanta, salah satu pementasan teater yang paling lama bertahan di korea. Best gilerr... tukang masak dengan gila-gilanya.

Shoot terakhir saya pada malam itu sebelum kembali ke Nandenmun untuk shopping sehingga jam 5 pagi . Keesokkannya saya ke Dondengmun untuk mencari BRUSH (disebut brushi), akseori wanita yang dipakai pada tudung...
.
Apapun ini saya yang saya mampu sertakan dalam posting kali ini. Hasil dari koleksi QSL kad saya telah membawa saya ke Korea dengan percuma ;). Terdapat hampir 4000 shoot gambar. Hanya ini yang dapat saya coretkan.
.
Ada orang berjaya melakar hasil dari QSL kadnya dengan awardnya, ada juga dengan green stamp nya, saya dengan trip ke korea... anda pula bagaimana? huhuhuhu... ;)
.
Hingga kita jumpa lagi.
.
P/S: Posting saya terdekat ini adalah berkaitan Hamfet di Malaysia dan beberapa emel pertanyaan dari sabahat yang saya telah janji untuk saya jawab.

Wahai sahabatku.. lihatlah rakan lain bila merancang

$
0
0
Assalamulaikum dan salam sejahtera.

Sebelum lebih lanjut saya mengulas pandangan peribadi saya ini, sayugia saya terangkan dulu terma catatan saya. Apa yang saya tulis ini adalah pandangan peribadi saya semata-mata. Ia tidak berniat menjatuhkan mana-mana individu atau organinisasi malahan niat suci lagi murni penganjuran acara berkait rapat ham radio. Jika para pembaca kurang senang dengan pendapat peribadi, sila baca penafian di muka surat paling bawah dan segera pantas menutup pelayar laman anda ini.

Baiklah, rentetan dari kepulangan saya dari Kuala Lumpur semalam dan kenduri sate bersama Haji Rashid 9M2RS, Abang Sabri, Teman-teman Ampang/Setiawangsa serta Alam Damai. Bermula pembentangan persediaan mengendalikan acara Fox Hunt (ARDF). Rata-rata sahabat tidak dapat memberi jaminan akan dapat memberi komitment kerana dijemput agak lewat iaitu 2 minggu setengah dari tempoh penganjuran.

Atas semangat Ham, saya juga ingin membantu menjayakan bahagian Ham Fest yang bakal diberi. Walaubagaimanapun, semua beacon dalam simpanan saya adalah terlalu daif dan ada yang sudah ’geylong’ memerlukan saya membinanya semula. Kata putus saya ialah, dari gagal semasa acara baik saya undurkan diri. Untuk pengetahuan anda, Slalom milik saya masih belum berada dalam tangan saya. Manakala IC 16F84 sudah discontinued.

Berbalik tentang penganjuran ini, tahniah buat penganjur atas usaha mengadakan acara ini setelah sekelian lama tidak kedengaran di Malaysia. Sejak kali terakhir di Jalan Gasing, Marts Field Day adalah acara terakhir yang saya hadiri.

Izinkan saya mengulas lanjut, apa itu Hamfest? Rujuk makna asal di http://en.wikipedia.org/wiki/Hamfest yang mana saya akan jelaskan secara paling mudah.

Hamfest atau singkatan kepada Ham Radio Festival merupakan kombinasi 2 acara dengan tujuan menjadikan ia tempat pertemuan semua ham radio dalam pelibatan acara yang diadakan. Timbal balik dari acara ini ham radio akan dapat mempamerkan hasil yang diperolehi melalui pameran, jika lebih klimaks ialah dengan memasuki sesuatu pertandingan untuk menguji keupayaan hasil yang diperolehinya dengan hasil ham radio yang lain, gedung mendapatkan pengetahuan produk/teknologi/homebrew terkini, eyeball serta tempat mendapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan yang belum terjawab.

2 acara ini boleh saya kategorikan sebagai acara luaran (padang) dan acara dalaman (dewan/bawah bumbung).

Acara Dalaman:
1) Pameran
2) Taklimat isu semasa perundangan dan etika
3) Sesi penerangan produk/ teknologi
4) Sesi eyeball/soal jawab bersama senior
5) Kuiz
6) Pameran (aktiviti/alatan homebrew/APRS/Satellite teori)
7) Stesen statik ke udara
8) Makan minum ringan


Acara Luaran:
1) Pertandingan kemahiran (CW/Membina antenna/setup stesen kecemasan/etc)
2) Amateur Radio Directional Finding
3) Slalom (Indonesia banyak memperkenalkan acara ini)
4) Klinik radio (penalaan menggunakan alatan khusus/programing radio/baiki radio)
5) Pameran (APRS/satellite/peralatan homebrew/antenna)
6) Dxing
7) Jualan barangan ham radio baru dan secondhand
8) Kuiz

Ini hanyalah sebahagian yang terlintas dalam fikiran saya. Pelbagai lagi acara yang boleh di tokok tambah bergantung pada keupayaan penganjur dan komuniti yang sudi mengambil bahagian. Melihat bagaimana Thailand dan Indonesia mengadakan Hamfest saya percaya, masih banyak yang perlu kita bawa ke Malaysia.

Berbalik pada pengalaman yang telah saya laui semasa telibat dengan aktiviti ham radio di Malaysia yang mirip pada Festival mahupun pameran pengenalan radio amatur. Rata-rata bukan lagi dianggap sebagai Festival tetapi hanyalah pameran promosi tadio amatur. Antara Cabaran-cabaran yang telah dilalui dan dikenalpasti ialah:

1) Objektif penganjur utama tidak selari dengan objektif ham radio.
Ini berlaku apabila si penganjur misalnya menganjurkan satu acara yang tiada kena dengan ham radio. Misalnya Jom Heboh, ham radio akan diberi satu tapat/gerai untuk mempamerkan aktiviti ham radio. Saya melihat pada kesesuaian aktiviti ini. Atas semangat ingin memperkenalkan ham radio, maka bergotong royonglah menjayakan pameran ini. Tetapi tidak ramai pameran yang kita adakan kita sertakan borang-borang dan risalah penerangan yang diberi terus dengan tangan pada orang yang lalu lalang

Yang banyak terjadi ialah set radio dipamer, rakan-rakan ham yang datang hanya memenuhkan ruang. Tidak membantu menyebarkan risalah. Ada juga yang berkitar di depan radio tanpa menghiraukan orang yang lalu lalang. Nah, mentaliti ini harus diubah. Saya melihat ketika era 10 tahun lepas, setiap pameran ham radio akan ramai ham radio giat memberi risalah-risalah penerangan, diselitkan juga borang keahlian persatuan. Ini akan sekurang-kurangnya membantu mendetik 2 saat orang ramai untuk bertanya tentang apa itu ham radio. Ini yang saya lihat kenapa setiap kali pameran, persatuan-persatuan radio amatur ini mengukur keberkesanan pameran yang disertai... dengan cara berapa ramai dapat menarik perhatian orang ramai mengisi borang keahlian. Tatkala ini, saya percaya tak kira Astra, Marts, Mares mahupun persatuan lain agak lesu dari segi keahlian walaupun banyak pameran yang dihadiri. Renung-renungkan lah.

2) Tiada kajian keutamaan pameran yang dipelawa.
Saya kira hal ini adalah sudah mematangkan banyak persatuan. Saya agak marah bilamana pameran ham radio acapkali diletakkan di kelompok tapak gerai makanan. Lebih menyayat hati apabila jika penganjur menyelitkan unsur hiburan pentas, gerai ham radio seringkali berada ditepi speaker besar pentas. Owh, bagaimana mahu mempamerkan komunikasi HF? Sedangkan gangguan bunyian itu akan menengelamkan audio HF yang sedia kecil?

Kadang-kadang penganjur hanyalah menganjurkan Karnival khusus misalnya Sawit (produk pertanian/IKS). Orang ramai yang datang hanya mahu membeli barangan IKS dan tidak akan sama sekali memandang pada gerai pameran ham radio. Pameran di Tadika etc.. di sini kita harus lihat siapa target kita. Kita menjual produk ham radio dan siapa sasaran kita? Kanak-kanak tadika? Kalau ya pun saya rasa ia bukan cara yang tepat. Cara yang tepat ialah melalui pengendalian dengan menglibatkan kanak-kanak itu seperta JOTA dsb.

3) Tiada Koordinasi yang baik.
Ini merupakan satu lagi cabaran yang capakali dilalui. Kekurangan tenaga sukarela menjaya kan pameran. Saya tidak mengulas hal ini kerana pasti anda akan terdetik jawapannya. Soalnya di sini ialah bagaimana menawan hati teman-teman ham radio agar sama-sama menjayakan pameran. Jika tidak, akan berlakulah sindrom ’asyik orang yang sama’ menjayakan. Tetapi bagaimana mahu hal ini menjadi semakin baik? Caranya ialah dengan menggalakkan penyertaan orang ramai menyertai ham radio. Dengan cara ini akan ada pelapis baru (sebab pelapis lama mungkin sudah kurang aktif).


(akan saya sambung nanti memandangkan banyak panggilan telefon yang saya terpaksa jawab sepanjang tulisan ini)


Tulisan saya terhenti setakat ini dek panggilan sahabat mengadu lagi tentang KL Hamfest. Jom berbalik pada penganjuran hamfest hujung minggu ini. Saya sedikit kecewa apabila mendapat tahu acara hamfest ini terlalu drastik 2 minggu setengah sebelum berlangsung. Aduh.. kenapa kelam kabut. Ini kan acara kebangsaan, bayangkan kami terpaksa mengatur semula jadual bersama keluarga. Tenaga kerja sahabat handai yang sama-sama akan membantu kumpulan kami mengadakan acara ARDF juga tersentak. Saya jujurnya telah berbincang dengan Pak Yob tentang rayuan menangguhkan acara ini dan seterusnya mengatur masa lebih panjang supaya ada masa yang lebih dari segi komitmen teman-teman yang lain dapat diberikan.

Tetapi ianya tidak merubah apa-apa. Wahai sahabatku, program Amateur Radio Reunion Day ARRD 2008 yang berjaya menghimpun hampir 500 orang sahaja mengambil masa 8 bulan untuk dirancang dengan rapi. Inikan pula Hamfest Cuma 18 hari lebih kurang. Anda sebenarnya membuatkan sahabat-sahabat lain tertekan demi mencapai objektif yang diberi.

Lihat lah Indonesia. Perancangan aktiviti Hamfest sahaja mengambil masa tidak kurang 6 bulan sebelum berlangsung. Apakah semangat Malaysia Boleh mampu mengatasi cabaran ini. Saya rasa tidak. Ini sebenarnya dawai yang bakal menjerut leher sahabat-sahabat kita yang komited. Kenapa tidak sebelum sidang akhbar itu tuan berbincang dulu dengan semua wakil persatuan? Apabila ada kata sepakat maka barulah keluarkan pengumuman tersebut.

Satu lagi yang agak lemah saya lihat diperingkat ini ialah komunikasi terus menerus oleh penganjur utama kepada rakan-rakan yang dijemput. Saya sendiri agak terkilan bilamana penganjur tiada memberi hitam putih secara rasmi menjemput mana-mana komuniti bagi setiap acara yang dipertanggungjawabkan. Hinggakan timbul kata-kata kurang enak disebabkan kegagalan tuan menyampaikan secara terus hasrat dihati.

Terakhir saya terima emel dari sahabat baik saya dalam arena radio amatur di Malaysia, penganjur main petik nama dan memasukkan di dalam senarai ahli jawatankuasa tanpa persetujuan. Nah, alangkah indah jika dari awal penganjur menggunakan hitam putih sebagai medium perhubungan rasmi. Tidak hanya melalui emel atau orang ketiga. Pengajur harus turun padang kepada semua golongan peserta hamfest menyampaikan mesej, dengan itu akan terlerai kesamaran dalam hati mereka.

Saya amat-amat mendokong usaha penganjuran hamfest ini. Malangnya kegopohan ini membuatkan saya tersentak, mengapa harus ini terjadi dikala ada usaha gigih sahabat menganjurkan hamfest?

Saya rasa cukuplah tulisan saya tentang ini. Ini adalah pendapat peribadi saya, walaubagaimanapun jangan lah menjadi halangan buat rakan-rakan lain yang ingin hadir ke hamfest. Marilah kita menyokong usaha murni ini asalkan ia tidak menjadi masalah dikemudian hari.

Insyallah, saya akan senantiasa mendokong apa jua acara radio amatur terutamanya hamfest atas semangat ham radio. Tetapi saya akan berikan dulu keutamaan pada keluarga saya barulah hobi.

Sekian... just my 2 cent..

Saya sempat membaca juga http://9m2rie.blogspot.com/2010/07/jangan-mempermainkan-semangat-ham.html dan mungkin saya senada dengannya...

P/S: Ini adalah luahan peribadi dari hati saya, jangan amik hati dan semoga anda sukses. Saya menyokong usaha murni anda walaupun tidak secara langsung.

Panduan membeli radio HF bagi teman-teman berpendapatan sederhana

$
0
0
(INI ADALAH POSTING PERIBADI SAYA, IA MUNGKIN MEMBANTU ANDA MEMBUAT PILIHAN BERDASARKAN PENGALAMAN SAYA MEMBANTU SEPUPU SAYA MEMILIH RADIO YANG SESUAI DENGAN BAJETNYA)

(INGAT, UTAMAKAN KELUARGA DARI RADIO TAU.. DAN UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI DAN ALAH MEMBELI MENANG MEMAKAI)

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dah 2 malam sepupu saya di Alor Setar asyik telefon saya bertanyakan samada saya nak jual FT817. Owh, terus saya katakan tidak padanya. Tu la radio saya cari makan kadang-kadang. Membuat penalaan antenna di atas bangunan jauh dari bekalan kuasa etc. Sayang seribu kali sayang... 817 adalah radio kedua sejak radio pertama tidak dipulangkan hingga ke hari ini oleh sang peminjam durjana.

Perbualan saya semakin rancak bilamana sepupu saya ingin membeli sendiri radio tersebut. Katanya atas minat membara tentang HF. Bagus kata saya dan saya mulai menyokong. Walaubagaimanapun beliau bertanyakan pendapat saya dan jika saya yang sendiri ingin membeli radio atau sebuah setup radio HF, apakah yang sesuai.

Saya masih menyimpan catatan saya ketika ingin membeli radio HF pertama saya.

Apa yang perlu bagi sebuah stesen radio asas HF ialah:
1) Sebuah pesawat pemancar HF
2) Sebuah Bekalan Kuasa DC12V minima 15A regulated
3) Antenna
4) Jika antenna wide maka perlu Antenna Tuning Unit (ATU)

Memandangkan sepupu saya ialah berjawatan Pengawal Keselamatan di pekan, gajinya amat-amat kecil. Maka saya mengingatkan beliau tentang keutamaan anak2 dan keluarga.

Disebabkan minat membara tentang HF, beliau mendesak saya mencadangkan juga anggaran kos terbaik agar beliau boleh membuat tabungan.

Saya mencadangkan beliau mendapatkan radio berkuasa 100watt sebaik-baiknya. Saya menekankan untuk jangkamasa panjang beliau boleh lebih enjoy berkomunikasi dengan stesen jarak jauh tanpa risau turun naik propagasi. Saya lampirkan perbandingan kadar anggaran kos bagi 2 unit asas ini (harga adalah sumber dari Blazer Singapura dengan kadar tukaran bulan 5 lepas):

Nafsu Tahap 1
Cadangan 1
- ICOM IC718 (100watt maksima dengan All Mode AM,SSB,RTTY(FM)) RM1800
- Bekalan Kuasa (13.8V 20A regulated dari Batam) RM340
JUMLAH ANGGARAN RM 2140

Cadangan 2
- Yaesu FT817ND (5watt maksima All mode All Band) RM2350
- Bekalan Kuasa (13.8V dengan 5A regulated) RM100/ Battery + Charger
JUMLAH ANGGARAN RM 2450

Ketika memberikan gambaran pada sepupu saya, beliau membangkitkan soal All Mode All Band. Wah.. sudah nafsu sudah mari, ketawa saya pada dia. Saya telefon lagi Blazer dan congak kadar tukaran.

Nafsu tahap 2
Cadangan 3
- Yaesu FT857 (100watt maksima) RM2550
- Bekalan Kuasa dari Batam RM 340
JUMLAH ANGGARAN RM 2890

Saya tidak memasukkan ATU dan Antenna kerana beranggapan antenna boleh di rakit sendiri dan ATU juga boleh. Tetapi jika ingin memasukkan ATU dalam cadangan, tambah aja RM550. Jenama tak ingat (bukan MFJ atau Comet).

(UPDATED!!)
Saya ingatkan semua pembaca blog saya. Kerapkali pembaca keliru dengan mengatakan ATU adalah wajib berada di samping radio HF. ATU adalah optional!! Tiada ATU pun radio masih boleh TX asalkan antenna itu dibina pada freq yang hendak dikerjakan. Ramai teman-teman saya melakukan homebrew antenna pada single-single band dan berkendali dengan SWR yang terbaik tanpa bantuan ATU. ATU hanya apabila antenna yang dibina tidak berada pada galangan yang sepatutnya disebabkan mahu meliputi dua tiga band dalam satu antenna. Mentaliti banyak sahabat handai saya mengatakan ia wajib tetapi bagi sepupu saya, saya menyampaikan pada beliau tidak. Penggunaan ATU akan mengganggu sedikit kuasa pemancaran ke antenna disebabkan LOSS.

Berdasarkan pengalaman saya, saya mencadangkan pada sepupu saya agar mengambil cadangan 1 sahaja dan banyak yang boleh dijimatkan. Ini kerana berdasarkan pengalaman saya, ketika cabaran propagasi turun dan naik, 100watt banyak membantu. Dari segi Mobiliti pula, ia juga sesuai walaupun agak besar. Percayalah, komunikasi HF terbaik ialah ketika statik dan dengan pembumian yang baik. Maka mobiliti acapkali akan berakhir dengan stesen itu memantau disebabkan suasana sekeliling yang terganggu akibat bergerak. Kosentrasi mendengar hanya ketika suasana statik dan diam barulah dapat menangkap bait-bait perkataan dari HF.

Lagipun harga pesawat 100watt cadangan saya jauh lebih murah dari yang 5watt. Tak logik kan dari segi keuntungannya..

Mahukan QRP? Mudah saja kata saya padanya, tukar seting pada radio ke TX POWER paling rendah iaitu 5W misalnya dan anda adalah QRP! ;) Mudahkan.. hahaha..

Portabiliti? Kenapa IC718 tidak? Haha.. sebenarnya, apabila makin lama kita mengendalikan HF, Soal Portabiliti bukan lagi isu. Yang akan dikejar selalu ialah bagaimana nak menangkap stesen yang memanggil CQ. Disini lah ramai para QRPer akan terfikir mahu meningkatkan kuasa. Tetapi terlupa, dia hanya 5watt. Cabaran ini lah yang kita harus lihat. Bak kata orang lama ham radio yang lain, alang-alang memiliki radio yang mencecah ribuan... baik terus pada maksima kuasa pada harga yang berbaloi.

Ini mungkin perlaburan pertama anda dan mungkin terakhir kan? ;) biar pilihan tu terbaik dan berbaloi.

ICOM IC718

Yaesu FT817ND

Freq

0.3Mhz-30Mhz

0.1Mhz-30Mhz

50-54Mhz

76-108Mhz

87.5-108Mhz

144-148Mhz

430-450Mhz

TX Power

100wat max

5watt

Mode

AM, RTTY, FSK(Hidden Mode FM), LSB, USB, CW

AM. RTTY, FSK, LSB, USB, FM

Memory

100 Ch

200 ch



* Bagi model Yaesu FT857 bezanya dengan FT817 ialah ia berkeupayaan 100watt dengan tiada batteri terbina dalam. Walaubagaimanapun FT897 menawarkan spec yang sama tetapi dengan optional batteri.

Disini saya warnakan kuning pada kotak di atas sebagai perbandingan. Saya mengatakan pada sepupu saya jangan teruja pada tulisan berwarna merah di atas kerana beliau mencari radio HF sahaja. Band-band yang lain adalah tidak diperlukan kerana max output adalah 5watt. Makanya ia seperti hanya membawa handie talkie sahaja walhal transmisi nya tak jauh ke mana.

Sayugia saya ingatkan, masa kita enjoy nak berqso tidak ikut masa. Kebetulan propagasi turun naik ketika mood nak memegang PTT. Dengan 5Watt tak kemana. Tetapi 100Watt Insyallah mengatasi. Tidak perlu menunggu propagasi membantu sepenuhnya, terus tekan PTT dan jika anda bernasib baik akan bertemu dengan Rizal 9M2RDX temerloh ;). Hatta antena terbaik tetapi kuasa rendah juga masalah. Lihatlah apa yang terjadi pada stesen yang berkendali dengan handie talkie di VHF 2M berbanding stesen yang mengendalikan radio mobile 50Watt? Anda mampu melihat bezanya.

Soal mahu all band dan all mode juga mengganggu perbualan kami. Aduh.. bagaimana ya. Melihat pada pengalaman dan kecenderungan beliau, saya memaklumkan yang beliau akan jarang sekali melekat di 6m band, manakala 2 meter band SSB yang diutarakan pula saya memaklumkan bahawa beliau akan jarang guna. Saya berkendali 2m SSB hanya untuk EME (rata-rata TX 1000watt ke atas). Tetapi aktiviti EME sudah tidak aktif lagi masakini dan boleh dibilang dengan jari. Komunikasi 98% adalah CW dan 2% lagi digital mode. Komunikasi 2 stesen dalam 2m adalah terbaik dengan FM. Tambahan pula untuk komunikasi antara stesen tempatan. Ini terutama ragchew. Jika tidak beliau akan mengalami turun dan naik suara... perlahan akan mempengaruhi mood kedua-dua stesen berbicara. Disebabkan kejap dengar, kejap hilang kejap timbul... akhirnya feedup dan masing-masing malas memancar. Ini adalah impak transmisi berkuasa rendah, dengan sedikit tempias propagasi.

Lupakan 2M SSB bagi komunikasi tempatan dan percayalah, tiada stesen jarak jauh (misalnya Malaysia ke Indonesia) yang berkendali di 2m SSB kecuali EME (dalam mode CW). Jika mahu juga berkendali di SSB, cubalah di 10M... ramei di sana huhuhu. Tapi jika 5watt, pastikan anda CQ di bandplan QRP. Insyallah.

Saya amat galakkan beliau mengasingkan 2M dan 70CM dari radio HF. Ini kerana apabila terlalu luar cakupan freq maka sensitiviti radio akan menjadi kurang, konsep Selectivity lawan Sensitivity. Jika Selectiviti bagus sensitiviti kurang... begitu juga jika sensitiviti bagus selectiviti kurang. Lihatlah contoh terbaik IC706MK2.. rata-rata punyai masalah sensitiviti pada 2m.

UHF? Sepupu saya mengakui tidak memanfaatkan freq ini. Satu demi satu cadangan ini kami potong dan Alhamdullillah sepupu saya memilih setup Cadangan 1. Lega juga hati saya sekurang-kurangnya membantu mengurangkan beban beliau.

Minggu lepas beliau berjaya mendapatkan dua peralatan cadangan 1 berkat tabungan 2 bulan serta jualan besi buruk dan baki dari penjimatannya dilaburkan pada ATU. 3 bulan menabung katanya.

Lega hati saya.. Insyallaah. Total beliau melabur ialah RM2800 dengan setup sempurna Radio+power supply+tuner+antenna homebrew. Kini beliau menunggu masa mengisi boring ujian CW Insyallah.. mungkin teracun dengan award-award si http://9m2get.blogspot.com/ dan http://9m2rdx.blogspot.com/ yang menangguk di lubuk 40m, 20m dan 10m . hahahahaha…

Dari panduan membantu sepupu saya ini saya teringat tentang FT817 awal milik saya yang saya beli tahun 2001.. hinggalah saya menggantikan dengan FT817ND (yang hanya memberi satu filter free dan batteri). Bagi saya ia sesuai untuk kaki monitor, experiment dan testing sahaja. Bagi kaki ragchew, pile up, DX atau field day saya amat-amat mencadangkan mempertimbangkan radio berkeupayaan 100watt dan ke atas. Ini kerana majoriti station luar sana mengutamakan stesen yang kuat dan stabil untuk berkomunikasi. Sehingga kini 817 saya menjadi gajah putih. Sayang..

Kebaikan FT817 adalah sensitiviti dan keupayaan all band. Tetapi dengan bekalan kuasa bateri dalamannya, ia hanyalah bertahan seketika sahaja, radio saya Cuma bertahan 2 jam monitoring dan 35minit TX. Bagi saya, IC718 saya adalah paling sesuai untuk DX, Ragchew, Contest mahupun field day kerana saya cenderung pada itu. Bagi mereka yang ingin memikirkan manakah radio yang sesuai untuk dibeli pertama kali bolehlah mencuba cadangan-cadangan saya ini... pastikan perlaburan anda boleh digunakan bagi tempoh masa yang lama dan maksima kepuasanya. Berbaloi dengan perlaburan.

Selamat menilai ;)

P/S: ICOM IC718 (100W) saya lebih banyak digunakan dari Yaesu FT817 (5W) kerana mampu menembusi benua tanpa bantuan propagasi total dan kondisi. Akhirnya FT817 tersadai di dalam laci bak kata Azman... gajah putih. Aduhai..

P/S: Saya adalah bekas peminat QRP dari 2001.Tapi dek halangan-halangan saya di atas, saya lupakan.

P/S : Saya membandingkan model-model di atas kerana ia adalah yang termurah mampu milik dalam pengetahuan saya. Manakala kebanyakkan Linear Amp (kasut) di pasaran memerlukan suapan minima 10watt untuk menjana 100watt SSB ke atas, 817 masih belum mencukup (5watt maks). Harganya agak mahal iaitu RM550 minima (harga yang saya dapat semasa Hamfest di Indonesia). Baik dapatkan yang sudah berkuasa tinggi.

P/S: Tepuk poket tanyalah selera.

Komuniti, Identiti dan Aktiviti

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Panjang lebar tulisan saya minggu lepas. Malangnya terpadam secara tidak sengaja. Saya coretkan sedikit sebanyak yang dapat saya ingat. Ianya berkisar tentang kebelakangan ini ramai sahabat-sahabat kita yang sudah reda dari aktif dalam dunia radio amatur. Jika ya pun hanya tertumpu pada komuniti tempatan yang mana beliau berada.

Saya juga begitu. Dengan kesibukan kerja dan juga lokasi saya yang agak ke selatan mencantas saya dari aktif. Terima kasih pada dua komuniti ini yang masih memberi ruang untuk saya sama-sama aktif.

Berbalik pada tajuk di atas. Jika dilihat dari Utara semenanjung hingga ke selatan. Ada Wilayah V17, Malas, ARDC47, Republik Gombak, Mares DX team, RF Society, Nippon DX, MalaysianDX dan banyak lagi... memandangkan banyak tulisan saya yang hilang, saya hanya paparkan beberapa keping gambar sepanjang tahun ini yang telah saya hadiri...

KELANA KOMUNIKASI dengan Kerjasama MALAS

Bulan lepas saya mengikuti sahabat-sahabat saya mengendalikan Jamboree On The Air di Kuala Lumpur. Diperkuatkan juga dengan Wilayah V17, Ini merupakan percubaan field day di lokasi yang baru.
Motif sampingan field day ini seperti biasa.. BBQ :)

Camp Fire... perhatikan antenna yang digunakan..

Sesi malam lebih sibuk dimana 5 radio berkendali hingga larut pagi. 80m, 40m, 20m, 15m, dan 10m setiap satu... operator yang hadir boleh memilih radio yang mana. Memang seronok.. saya pasti akan ikut serta jika diadakan... turut hadir pada malam tersebut ialah bekas Pesuruhjaya Pengakap Malaysia.
Pak Yob dan Malaysia Hamfestnya

Berikut ialah beberapa gambar yang sempat saya ambil. Saya hadir melawat ke pameran JPAM sahaja.


Khemah PBSM di tempat pameran.

Salah satu radio Jabatan Penyelamat DBKL, perhatikan freq yang digunakan. Ini merupakan radio yang digunakan untuk berhubung dengan penyelam di dalam medium air.

Radio yang digunakan oleh anggota PDRM

Antara bahan pameran homebrew di tapak karnival.
JOTA Putrajaya


Khemah para pengakap dari Sungai Besar pimpinan Cikgu Khusairi (9W2VVH). Perhatikan antenna yagi dicelah-celah khemah.

Gambar dekat..


Operator stesen pengakap Sungai Besar..

Antenna milik stesen Induk Jota.. Jota ini diadakan sempena Hari Belia yang berlangsung di Putrajaya.

Para pengakap yang bertugas.

Dan lukisan kreatif warga pengakap dalam banner terpanjang..

Semasa melewati Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap, saya sempat menangkap gambar satu gambar nostalgia.. Kumpulan Pengakap Dari Bukit Mertajam high School! Di dalam gambar ini terdapat gambar Tun Abdullah, mantan Perdana Menteri Malaysia... Sekolah saya tu ;)
RF Society dan International Light House Weekend ILLW
RF Society yang diketuai oleh Rizal termerloh mengetuai operasi ILLW di rumah api Tanjung Penggelang. Oleh kerana kekurangan tenaga, saya ikut serta bersama-sama Nippon DX, Mares DX Team dan Malaysian DX ke sana sepanjang ILLW. Ini memandangkan Jasra berkubu di Rumah Api Bukit segenting dan Rabin di Tanjung Tuan Port Dicson.

Oraang kuat di ILLW yang Komited.. 9W2GUU, 9M2Radix, dan 9W2KRZ.

Berbuka Puasa ala kadar di rumah api.. nostalgia bagi saya.. tambahan pula bagi mutalib apabila antenna yang beliau bawa dari Bangi berjaya berfungsi dengan baik sekali.. Senyuman panjang hehehe..


Pemandangan setup dan penginapan kami..
Permandangan rumah api dan antenna Spyderbeam yang diuji sempena ILLW. Ianya buatan sendiri mutalib 9M2SQL. rasanya 2 tahun pembikinan antenna ini.. akhirnya peluang kali ini digunakan. Tahniah mutalib.

Pandangan lebih jelas... 3 radio berkendali, Delto Loop, Dipole, syderbeam, yagi 10m dan antenna VHF yagi.

Gambar terakhir sebelum berangkat, diambil di atas rumah api. MalaysianDX, Nippon DX, Mares DX team dan RF Society.
Terima kasih semua.. ;) Program seterusnya ialah oktober ini. :)
P/S: 9M2GET dan rakan-rakan yang akan memasuki Contest, selamat berjaya.
Dan tidak lupa buat 8 orang warga calon CW yang lulus... selamat hadir ke dunia HF.. kami amat-amat menanti anda ;)

Aktiviti harus diteruskan- HF antenna party

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Esok merupakan hari penting bagi saya. Ujian kesihatan ini akan menentukan kesihatan saya berapa lama bertahan. Semoga Allah mengabbulkan doa-doa saya.



Atas perbualan saya bersama Pak Mahadi 9W2MDY, kami bercadang mengadakan antenna party sebagaimana yang telah berjaya diadakan tahun lepas bersama-sama sahabat Ham Radio kawasan Kuala Lumpur. Seperti sebelum ini selepas gotong royong membina beberapa antenna, akan ada sesi penerangan tentang teori dan praktikal antena yang dibina. Insyallah saya cuba mendapatkan Cikgu Azlan dan 9M2jEN untuk sesi teori dan saudara Aziz 9M2AU untuk sesi mengenali mistik perbualan di HF.



Saya memerlukan juga cadangan dari sahabat-sahabat yang ingin ikut serta. Adakah amat-amat dialukan bagi rakan ham radio yang juga ingin membina antena sendiri membawa semua keperluan bahan mentah dan peralatan membina antenna bersama kerana kami hanya menyediakan perancangan tempat dan tentatif sahaja. Mudah-mudahan dengan gotong royong akan memudahkan pembinaan antenna yang dicadangkan.


Juga mohon cadangan kawan-kawan tentang lokasi yang sesuai. Memandangkan ada yang ingin membina antena bersaiz besar seperti dipole (trap, G5RV atau variasi yang lain) maka memerlukan kawasan lapang untuk menguji antena ini.

Sebagaimana yang telah dianjurkan di Tanah Merah, Sungai Buloh bersama komuniti Astra tengah, Teman-teman dari Pradas, Marts dan juga kenkawan Mares tahun lepas, adalah amat sesuai untuk pengujian, pembinaan, dan sesi kuliah teori antena kerana terdapat kemudahan kerusi, meja, bekalan kuasa dan tanah lapang. Jika termampu akan diusahakan sedikit minuman.

Berikut ialah cadangan antena yang akan dibina semasa antena party:-
1) Loop antenna - Sesuai bagi kaki QRPer atau homeless station
2) Simple Dipole - Antenna paling mudah dibina
3) Long Wire - Secara umum tetapi harus dibawa bersama ATU
4) Ada sesiapa yang nak bina antenna selain diatas? Ayuh kita sama-sama gotong royong :). Nyatakan jenis antenna anda.

Saya akan membina Loop antenna, jika ada sahabat2 yang berminat memiliki atau membina antena sendiri selain loop boleh berhubung dengan saya untuk saya bantu senaraikan jenis barangan yang perlu dibawa. No. talipon saya di X0137554815 atau anacoz85(a.)yahoo.com.

Mohon diwar-warkan pada sahabat-sahabat yang lain tentang perancangan ini. Insyallah saya akan cuba menjayakan aktiviti ini. Oh ya, walaubagaimanapun aktiviti ini hanya menjurus untuk HF SAHAJA. Tiada VHF atau UHF. Ini adalah untuk memberi peluang pada semua teman-teman yang meminati hobi ini terutama pemegang lesen B bersedia menghadapi perubahan had freq terutama sekiranya pihak MCMC membenarkan pengoperasian di 40m band kelak Insyallah.

Akan saya kemaskini dari semasa ke semasa... :) Semoga antenna party kita sekali lagi sukses dan memberi peluang buat sahabat-sahabat radio yang tidak mampu membeli antenna HF memiliki antenna HF dengan kos yang 99% lebih murah dari antenna kormersil :)

Saya merencanakan pada pertengahan Mac nanti Insyallah. Hingga jumpa lagi.. 73

P/S: Saya rasakan perlu diwujudkan aktiviti sebegini memandangkan hobi kita semakin kontang dengan aktiviti. Ingat tau, kita aktif hingga hari ini kerana aktiviti-aktiviti pelbagai komuniti ham radio merapatkan kita. :) Semoga cadangan ini menyemarakkan ikatan kita semua kembali :)

Johor Bahru

Kemaskini :
1) Ada sahabat akan membina/repair antenna homebrew 80m, 40m, 20m, 18m, 15m, 11m, dan 10m pada hari tersebut. Bagi yang berminat trap dipole dan bagaimana membina balun, ayuh kita pamerkan.
2) Seorang lagi sahabat yang ingin membuna sendiri antena mobile untuk HF iaitu experimen half loop antenna mobile sebagaimana pada kereta 9M2ZC.

Kemaskini 2 :
3) 9M2YAS mencadangkan tarikh sebelum ujian CW 23 Mac 2011. untuk beri peluang calon menimba tips-tips dari rakan-rakan yang lain.

Kemaskini 3:

4) Pak Yob mencadangkan 12hb ialah tarikh antenna party. Saya masih menunggu respon lokasi yang bakal diadakan.


ada lagi?


Antenna Party

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Dari posting terdahulu, terima kasih atas maklumbalas teman-teman semua.
Berikut ialah tentatif yang dirancang dalam aktiviti antenna party nanti:-
  • Tarikh : 12 Mac 2011
  • Jam : 9.30 pagi - 4.30 petang
  • Tempat : Kelab MARES Petaling Jaya
  • Bilangan antenna yang dicadang akan digotong royong,
1) Magnetic Loop - 9M2RZL

2) G5RV - Terbuka
3) Spider Beam - 9M2SQL
4) Trap Dipole - Terbuka
5) Tak-Tenna - Sekadar perbincangan am

Bagi rakan-rakan yang ingin membina sendiri antenna G5RV atau Trap Dipole pada hari terbabit boleh emelkan pada saya untuk saya senaraikan bahan-bahan yang perlu dibawa kelak.
Tenaga pengajar yang dijangka :
1) Cikgu Azlan 9M2AGC
2) Pak Alex 9M2RI

(Saya masih berusaha untuk mendapatkan persetujuan kedua-dua rakan di atas).

Mendapatkan beberapa peralatan pengukuran yang akan digunakan kelak seperti Standing Wave Ratio Meter, Impedance Meter, Capasitan Meter, Spectrum Analyzer (jika perlu) dan lain-lain berkaitan.

Atas permintaan beberapa teman-teman yang mempunyai kekusutan berkaitan praktikal mengendalikan pengendalian antenna.

Insyallah saya akan mengusahakan sedikit minuman semasa acara nanti.
Objektif:
a) Memberi peluang bagi pemegang lesen A dan B yang berkeinginan memiliki/membina antenna HF yang mudah dan mampu milik secara gotong royong.
b) Menyediakan ruang diskusi dan percambahan minda bersama pakar antenna semasa proses gotong-royong membina antenna.
c) Bersama-sama menyelesaikan permasalah penalaan antenna seperti galangan, gamma match, ciri-ciri dan pelbagai persoalan lain.
d) Melihat sendiri bagaimana antenna dibina. Kemudian pulang ke rumah dan bina sendiri!

Bagi sesi kedua,

Saudara Aziz 9M2AU akan mengadakan sesi percambahan minda dan perkongsian pengetahuan tentang persoalan:
  • ATU tidak perlu ketika membeli radio? anda setuju?

  • Kenapa bila DX kawan-kawan akan cucuk besi ke tanah dan katanya untuk grounding?. Perlu grounding? HF kenapa perlu tetapi VHF tidak? apakah kesan pada radio bila grounding? dan apakah grounding yang sesuai?

Sesi ini adalah amat digalakkan peserta bertanyakkan secara langsung ketika penerangan. Nah bawakan segala persoalan anda pada acara ini nanti ya :).

Bagi rujukan tambahan rakan-rakan yang ingin membawa bahan mentah pembuatan boleh melawati kembali catatan di bawah yang akan saya kemaskini dari semasa ke semasa pautan di bawah :

Buat masa sekarang saya senaraikan rujukan loop antenna :

Loop antenna http://www.oe1ira.at/sl/loop.html

Taktenna http://billbrwn.tripod.com/id3.html atau http://billbrwn.tripod.com/id7.html

Trap dipole http://degood.org/coaxtrap/

Saya akan memaskini dari semasa ke semasa Insyallah...... jika ada sebarang persoalan emelkan pada saya ya.

PROGRAM INI ADALAH DEDICATE UNTUK ANTENNA HF SAHAJA

DAN INI ADALAH PROGRAM ILMU. TIADA BAYARAN DIKENAKAN DAN TERBUKA PADA SEMUA HAM RADIO TIDAK KIRA DARI PELBAGAI PERSATUAN.

BERHUBUNG DENGAN SAYA JIKA INGIN MEMBINA SALAH SATU ANTENNA HF DI ATAS.

Senarai Nota Persediaan Projek Loop/G5RV/Trap Dipole

$
0
0
Assalamualaikum.

Bagi rakan-rakan yang akan hadir pada 12hb nanti. Disertakan nota untuk dicetak dan di fahami. Ringkasan bahan-bahan yang perlu dibawa kelak ada pada bahagian hujung setiap artikel. Ketik pada gambar untuk cetakkan.


TRAP DIPOLE (80m, 40m, 20m, 15/18m, 10m)






Bagi PVC yang akan dibawa, dapatkan yang jenis tebal. Jika boleh berwarna putih. Gambaran adalah seperti di bawah:



Senarai bahan bagi sebuah antenna:
1) PVC Paip panjang 15cm X diameter 8-10cm +/- (2 batang)
2) Kabel RG58 8m (untuk Trap)
3) Kabel RG58 panjang 25m (anggaran dari antenna ke transceiver)
4) Tape Insulator (untuk balut coil nanti)
5) Kabel Wiring Elektrik panjang 60m, rujuk pada diagram (elemen Dipole)
6) Balun
7) Soldering Iron dan Solder yang banyak
8) Hand Drill dan Mata Drill berdiameter sama seperti kabel RG58
9) Hot Glue dan Sintetik Glue 2 batang
10) Connector Ring (untuk skru antara kabel wiring ke balun)
11) Cable Ties

ANTENNA G5RV

Antara bahan-bahan yang diperlukan untuk membina sebuah antenna di atas:
1) Ribbon cable 300ohm 15m (kabel yang biasanya digunakan pada antenna TV)
2) Cable Wiring Elektrik panjang 35m
3) Plastik Insulator (saya memilih papan pemotong sayur/ikan yang berwarna putih dipotong 4cm X 8cm +/-) 3 Set
4) Kabel RG58 anggaran panjang dari antenna ke transceiver
5) Insulator tape.
6) Hot Glue
7) Cable Ties

LOOP ANTENNA (MAGNETIC LOOP)





Gambaran loop yang pernah saya bina. Walaubagaimanapun saya membina dalam skala yang besar.


Antara bahan yang diperlukan:
1) Copper pipe 1 set (biasanya panjang 15m jenis lembut) yang biasa dijual kat kedai hardware/aircond bersaiz diameter +/- 1cm
2) Kabel RG58 1m untuk loop kecil
3) Pengetat paip (spt gambar di atas untuk mengikat copper dengan kabel)
4) PVC paip penyokong loop (rujuk diagram)
5) Variable capacitor +/- 10-35-100pF (saya akan membawa beberapa unit sebagai contoh)
6) Cable ties
7) Hot glue
8) Kaber RG58 dari loop ke transceiver dalam 15m

Rujukan bagi TAK-TENNA (40m/20m)





Rujukan bagi SPYDERBEAM ANTENNA




Kepada 9W2KRZ,9W2RIO, 9M2ADI saya akan emelkan nota yang lebih jelas sebentar lagi

Coretan sebelum tido...

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya sempat melihat sebentar tadi cerita yang banyak menggamit memori saya ketika alam persekolahan.

Drama Gemilang penuh menggamit memori ramai teman-teman saya yang lahir dari kegagalan. Drama ini mengingatkan saya bagaimana jasa institut-institut di dalam cerita ini membina kerjaya teman-teman yang gagal dalam SPM dan SRP ketika itu.

Nah.. ia hampir membuatkan saya menitis air mata. Pasti ramai teman-teman saya yang masih ingat Maktab Adabi? Institut Bukit Mertajam? Jit Sin? Ini lah tempat di mana ramai sahabat-sahabat yang mengulang SPM dan paper Julai. Tanpa institut ini pasti mereka tidak lagi berpeluang berjaya kini. Dengan yuran yang murah dan misi mendidik anak-anak bangsa miskin. Sekolah-sekolah ini hanya bergantung pada profit yang kecil tetapi hasilnya besar sekali.

Senior-senior saya seperti Sjn. Azizan, Azizol, dan ramai lagi telah berada di tempat yang terbaik kini. Apapun ia kini menjadi sejarah. Maktab Adabi sudah tiada lagi, Hanya Al-Masriyah sahaja yang tinggal. Begitu juga Institut Bukit Mertajam yang hanya tinggal bangunan.

Insyallah kalau berkesempatan akan saya coretkan kisah suka duka zaman Maktab Adabi dulu. Saya percaya ramai yang pernah melaluinya :) . Saya juga pernah mengambil Kertas Julai.

Baiklah. Berbalik pada Antenna party yang akan di adakan sabtu ini 12hb Mac 2011. Buat teman-teman dari Merlimau Melaka saya memohon jutaan kemaafan atas tidak dapat memenuhi permintaan anda. Ini merupakan anjuran saya dan teman-teman yang meminati radio HF secara sendirian dan bukannya melalui Organisasi.

Berikut ialah peralatan tambahan yang perlu di bawa kelak :-
1) Hand Drill
2) SWR meter
3) Antenna analyzer
4) Lain-lain yang dikira perlu.

Saya mohon para pembaca yang ingin ikut serta dapatlah emelkan pada saya nama anda untuk saya sediakan beberapa set diagram mengikut bilangan peserta kelak. Emelkan pada anacoz85(a.)yahoo.com.

JUMPA SABTU INI YA DI KELAB MARES :)

TIADA PERUBAHAN TARIKH ANTENNA PARTY

$
0
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Untuk makluman, saya menerima banyak permintaan supaya mengubah tarikh antenna party ke hari ahad. Ini kerana ramai yang bekerja pada hari sabtu. Terdapat juga beberapa maklumbalas atas faktor lain yang saya rasakan sangat munasabah. Oleh demikian saya menetapkan aktiviti Antenna Party TIDAK DIUBAH seperti di bawah:

Tarikh : 12hb Mac 2011
Masa : 9:30pg hingga 1:30ptg
Tempat : Kelab Mares Petaling Jaya
Tentatif : Seperti posting sebelum ini

Diharap agar para pembaca dapat memaklumkan pada teman-teman yang lain yang berminat untuk hadir tentang perubahan tarikh seperti di atas.

73

Backpack lagi, New Delhi - Jaipur - Agra hanya RM650

$
0
0
Akan saya kemaskini terdekat ini.

Lihat-lihat dulu gambar di bawah.








Insyallah akan saya kemaskini
Viewing all 168 articles
Browse latest View live