Assalamualaikum dan salam sejahtera
Saya bercadang untuk mengadakan Antenna Party di Putrajaya. Antenna Party ini merupakan satu program bukan bertujuan untuk membuat profit, membantu ham radio yang berminat membina antenna radio sendiri serta merasai pengalaman homebrew antena asas sendiri. Ianya amat sesuai bagi ham radio yang belum mempunyai antenna base station dan antena kenderaan. Saya mencadangkan peserta boleh memilih membina satu dari pilihan antena ini.
Berikut ialah gambar antenna party yang pernah dijalankan di Johor Bahru suatu ketika dulu yang saya ambil dari FB Jasra.
Pemotongan antena yang telah selesai dibengkokkan
Setiap peserta membina sendiri antena dan sama-sama dibimbing.
Diskusi
Pematerian kabel
Antenna dibengkokkan dengan tube bender.Β
2 pilihan antenna yang dicadangkan ialah antena Slim Jim (untuk rumah) dan antena ground plane (untuk dipasang di pada handy atau mobile).
Antena Slim JimΒ
Contoh antenna ground Plane
Berikut ialah gambarajah antenna yang bakal dibina untuk gambaran awal aktiviti ini
Gambarajah antena slim jim
Antena Slim Jim. Perhatikan cara melaras bagi mendapatkan bacaan SWR sangat mudah iaitu menggerakkan sambungan kabel ke antenna atas atau bawah.
Bagi antenna Ground Plane, menggunakan 1/4 gelombang adalah paling mudah dan ringkas bagi mereka yang belum mempunyai antenna kereta.
Kita tinggalkan pasal antena ground plane sebab mudah.. lihat pula radiation patern slim jim ini
Dalam keadaan Horizontal, take off angle antena ini amat sesuai bagi mereka yang mempunyai halangan di sekeliling base station.
Jika kena pada ukuran slim jim mungkin boleh bekerja dalam 2 freq iaitu 145mhz dan 440MhzΒ
Dan pada sudut Vertical pula antena ini bersifat omnidirectional dan sesuai bagi qso stesen di sekeliling.
Gambarajah di atas ialah dimensi antena yang akan dibina sekiranya memilih 145.500Mhz sebagai freq tengah dan padankan dengan gambarajah di bawah bagi mengetahui panjang antena yang akan dibina dan kuantiti bahan yang diperlukan. Sekiranya ingin membuat pengiraan berdasarkan freq yang anda ingin tentukan bolehlah melawat keΒ
https://m0ukd.com/calculators/slim-jim-and-j-pole-calculator/
Ber
![]()
Β Bagi memahami lebih lengkap cara antena i i berfungsi dan ciri-cirinya ada baiknya melawat ke lamanΒ
https://ac8gy.com/dual_band_slim_jim_antenna.html
Slim jim ini ialah antena J Pole asasnya.
perhatikan perbezaan J Pole dan Slim Jim
Bahan- Bahan yang diperlukan untuk membina 1 unit antena Slim Jim
1. Alluminium Tube 10 kaki dengan diameter 3/8"
2. Kabel RG58 dengan panjang minima Β X 2 meter
3.1 Bagi connector terdapat pilihan samada menggunakan PL259
X 1 unit![]()
3.11 Dan semestinya adaptor ini juga perlu sekiranya ingin membuat sambungan kabel X 1 unit
3.2 Atau menggunakan SO239 jenis ini yang sedikit mahal X 1 unit
4. Ring Lug Connector X 2 unit
5. Hose Clip bagi mengikat kabel ke antenna dari jenis stainless steel X 2 unit
6. PTFE Pipe untuk memegang gap X 10cm
7. Shrinkable tube bagi menutupi kabel yang terdedah X 10cm
8. PVC Trunking yang akan dijadikan pemegang gap tengah-tengah antenna X 20cm
9.1 Cable Ties besar bagi memegang cable RG58 dan batang PVC pemegang antenna XΒ 3 UnitΒ
9.2 Cable Ties Kecil X 3 unit
10. PVC paip saiz 1 inci untuk memegang antena X 50cm
Antenna ground plane 1/4 wave
Bagi membina 1 unit antena mudah ini, berikut ialah bahan-bahannya
1. 1 batang rod tembaga (welding) 1 meter
2. PL259 untuk kabel RG213
3. Tape elektrikal
Β Peralatan yang diperlukan dalam projek ini :
1. Hot Air Gun
2. Solder/Timah
3. Hot GlueΒ
4. Tube bender
5. Tube Cutter
6. Pita ukur
7. Soldering Iron
8. Antenna Analyzer
9. Atau SWR Meter manual
10. Pisau
11. Skru driver
12. Cutter
Ringkasan projek dan kos boleh saya senaraikan seperti dibawah :
Bil | Bahan | Kuantiti | Kos anggaran kasar |
1 | Alluminium Tube 3/8β
| 10 kaki | RM12 |
2 | Kabel RG58Β
| 2 meter | RM5 |
3 | PL259 (RG58) | 1 unit | RM4* |
Adaptor Female to Female | 1 unit | RM4* |
SO239 (RG58) | 1 unit | RM10* |
4 | Ring Lug Connector | 2 unit | RM1 |
5 | Stainless Hose Clip | 2 unit | RM5 |
6 | PTFE Pipe ID 3/8β | 10 cm | RM2 |
7 | Shrinkable Tube 8mm | 10 cm | RM2 |
8 | PVC Trunking 25mm lebar | 20 cm | RM3 |
9 | Cable Ties Besar | 3 unit | RM2 |
10 | Cable Ties KecilΒ | 3 unit | RM1 |
11 | Paip PVC OD 1 inci | 50 cm | RM5 |
JUMLAH | RM48 |
* Pilihan perlu pilih connectorΒ
** Perkataan bertanda merah adalah kos yang boleh dikurangkan dengan cara berkongsi dan pembelian pukal.Β
- Misalnya Alluminium dijual dalam 20 kaki sebatang berharga RM12. Ini bermakna 1 antenna menggunakan hanya 10 kaki sahaja dan baki 10 kaki lagi boleh dikongsi oleh peserta lain.
- Ring Lug Connector dijual dalam 100 unit satu pack yang purata adalah 20 sen seunitΒ
- Pembelian Stainless Hose Clip secara pukal boleh menjimatkan sehingga 50% kos anggaran kasar.
- 1 meter Shrinkable tube berharga RM2 dan yang digunakan hanya 10 cm sahaja.
- Cable Ties kecil dan besar sangat murah jika dibeli secara pukal.
ANGARAN KOS JIKA BERKONGSI/PUKAL BAGI PROJEK SLIM JIM IALAH RM30 SEUNIT
Bagi antenna 1/4 wave pula :
Bil | Bahan | Kuantiti | Kos anggaran kasar |
1 | Rod Welding Tembaga
| 1 meter | RM6 |
2 | PL259 (RG213) | 1 unit | RM4 |
3 | Electrical tape | 1 roll | RM2 |
JUMLAH | RM10 |
* Electrical tape boleh dikongsi ramai-ramai 1 roll.
ANGARAN KOS JIKA BERKONGSI/PUKAL BAGI PROJEK 1/4 ANTENA IALAH RM10 SEUNIT
Insyallah saya cuba usulkan pada komuniti radio amatur di Putrajaya untuk mengadakan antena party ini. Sekiranya mendapat sokongan dan ada yang komited mudah-mudahan berjaya diadakan kelak. Dan membantu ham radio yang belum mempunyai base station antenna dapat memancar dari rumah masing-masing.
73!